PENYERAHAN SUMBANGAN WANG TUNAI KEPADA MADRASAH TAHFIZ/MAAHAD TAHFIZ

20 Mac, Iskandar Puteri – Inisiatif pelaksanaan pemberian sumbangan wang tunai oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) diteruskan melalui Program Bantuan Johor Sejahtera : Bantuan Pre Ihsan 3.0.

Program ini telah memanfaatkan sebanyak 11 buah Madrasah/Maahad Tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar dan diiringi oleh Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan.

Semoga dengan adanya sumbangan seumpama ini sedikit sebanyak membantu dalam kos pengoperasian Madrasah/Maahad Tahfiz serta melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

#KitaBantuAllahSayang
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor

Ayuh Berwakaf Bersama Tabung Waqaf Rakyat Johor

Hanya scan sahaja kamera telefon bimbit anda atau menggunakan QR Code Reader bagi berwakaf secara dalam talian.

Membangun Swadaya Ummah.

#TabungWaqafRakyatJohor
#PerbadananIslamJohor

Jom Berwakaf Bersama TWRJ!

PROGRAM PENILAIAN DAN KESEDARAN KE ARAH PERSIJILAN HALAL

19 Jan, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) dengan kerjasama SIRIM Berhad buat julung kalinya menganjurkan Program Penilaian dan Kesedaran Ke Arah Persijilan Halal bertempat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.

Program yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 19 dan 20 Januari 2022 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar PIJ, Encik Khirul Nizam bin Mat Said.

Program yang ditaja sepenuhnya oleh PIJ dengan kerjasama SIRIM Berhad sebagai pelaksana adalah merupakan salah satu Program Amal Jariah PIJ dalam usaha bagi membangunkan sektor keusahawanan berasaskan syariah di Negeri Johor.

Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam berkaitan skop persijilan Halal.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor

Majlis Amanat Pengurus Besar PIJ & Sanjungan Budi Timbalan Pengurus Besar PIJ

Pada 6 Januari 2022 PIJ telah mengadakan majlis amanat Pengurus Besar PIJ untuk tahun 2022 dan majlis sanjungan budi Timbalan Pengurus Besar PIJ di Hotel Trove Johor Bahru.

Majlis ini telah dihadiri oleh Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed Pengurus Besar PIJ , En.Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Pegawai-pegawai Kanan PIJ, Kakitangan PIJ, IASB dan ICMC.

 

 

Sekalung Tahniah & Selamat Datang

SEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG
Sekalung Tahniah diucapkan kepada Encik Khirul Nizam Bin Mat Said di atas pelantikan sebagai Timbalan Pengurus Besar,Perbadanan Islam Johor yang baru.
Semoga PIJ terus berkembang maju di masa akan datang.
Tulus Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja PIJ.

Terima kasih dan Selamat Maju Jaya

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Abdul Azim Bin Haji Shamsuddin di atas khidmat bakti sebagai Timbalan Pengurus Besar, Perbadanan Islam Johor.
Semoga dipermudahkan dalam semua urusan dan tahniah di atas perlantikan sebagai Pentadbir Tanah Batu Pahat yang baru.
Tulus Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja PIJ.

Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR
5 Jan, Iskandar Puteri – Perbadanan Islam Johor menyokong dan turut menyumbang dalam usaha yang digerakkan oleh Southern Volunteers dalam membantu mangsa-mangsa banjir.
Sumbangan disampaikan oleh Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed kepada YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia & Sukan Negeri Johor yang turut disaksikan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga mangsa-mangsa banjir terus tabah dalam menghadapi dugaan ini.
Terima kasih kepada semua terutamanya Southern Volunteers yang berganding bahu, menyumbang masa dan tenaga bagi menjayakan misi bantuan ini. Semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya. Insyaallah

Takziah Mangsa Banjir Seluruh Negara

Salam Takziah

Semoga keadaan segera pulih dan kembali kepada sediakala. Semoga semua mangsa-mangsa banjir diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian bencana ini. InsyaAllah.

“Ya Allah berikan kami pahala dalam musibah kami dan gantikanlah dengan yang lebih baik darinya”

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor

Lawatan rumah sembelihan sementara YPJ Ladang Alaf

Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan anak syarikat, PIJ Holding Sdn Bhd (PIJH) telah mengadakan lawatan ke rumah sembelihan sementara milik YPJ di Kota Tinggi. Delegasi PIJ diketuai oleh Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ, manakala delegasi PIJH diketuai oleh Tuan Haji Abdul ‘Alim bin Abd Shukor.

Selaras dengan Pelan Strategik PIJ 2021-2025, sasaran dalam memperkukuh sumber pendapatan PIJ adalah dengan pembangunan aktiviti penternakan berskala besar seperti penternakan lembu atau ayam. Sehubungan itu, fokus utama lawatan ini bertujuan untuk meninjau potensi rumah penyembelihan serta mempelajari prosedur dalam pemprosesan haiwan ternakan.

Semoga lawatan ini dapat memberikan input positif dalam pengurusan rumah sembelihan yang mematuhi syarak, selamat dan halal bagi manfaat masyarakat Islam di Johor khususnya pada masa akan datang dan perancangan pelan strategik PIJ tercapai.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Salam Maulidur Rasul 1443H

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”

[HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Salam Maulidur Rasul kepada semua Umat Islam. Perbanyakkan selawat dalam kehidupan seharian bagi menunjukkan kecintaan kita pada Nabi Muhammad S.A.W.