Sumbangan Air Hijrah dan Kitab Selawat & Doa-doa pilihan

15 Julai, Kluang – Perbadanan Islam Johor meneruskan khidmat bakti dalam usaha menangani pandemik Covid-19 dengan memberikan sumbangan 1,000 botol Air Hijrah dan 120 naskhah Kitab Selawat Nabi dan Himpunan Doa-Doa Pilihan kepada YBhg. Tuan Haji Jamaludin bin Haji A. Hamid, Pegawai Daerah Kluang. Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan PIJ.

Sumbangan ini akan diagihkan kepada para petugas di Pusat Pemberian Vaksin di daerah Kluang.
Diharapkan sumbangan seumpama ini memberikan manfaat yang berterusan kepada yang terkesan dalam menangani pandemik Covid-19.
.
#kitajagakita
#stayhome
#staysafe
#KitaBantuAllahSayang
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Sumbangan Air Hijrah dan Kitab Selawat Nabi & Himpunan Doa Pilihan

6 Julai, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) menyumbang lebih 1,008 botol Air Hijrah dan 30 naskhah Kitab Selawat Nabi dan Himpunan Doa-Doa Pilihan kepada Pejabat Sekretariat KPIBKS Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB) di Jalan Glendening, Johor Bahru.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan PIJ kepada Y.Bhg Datuk Hj Yahya bin Jaafar, Ahli Majlis Zon Bandar Baru Uda, Majlis Bandaraya Johor Bahru selaku Focal Person Kumpulan Penggerak Ibubapa Komuniti (KPIBKS) Kebangsaan & Negeri Johor.

Turut hadir sama dalam majlis serahan ini adalah Tn Hj Abdul Rahman bin Ngah, Timbalan PPD Perancangan, Encik Suliman bin Kamsur, Timbalan PPD Pengurusan Sekolah, Encik Kamaruzaman bin Abdullah, Penolong PPD Pra Sekolah & Rendah.

Sumbangan ini akan diagihkan kepada sekolah yang disenaraikan oleh pihak PPD JB yang melibatkan keluarga B40. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan manfaat dan mengurangkan sedikit sebanyak beban dalam kita menangani wabak Covid-19 ini.

#kitajagakita
#stayhome
#staysafe
#KitaBantuAllahSayang
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Susah Senang Bersama

30 Jun, Johor Bahru – Penyaluran sumbangan daripada Perbadanan Islam Johor berupa 1,512 botol Air Hijrah dan 120 naskhah Kitab Selawat Nabi dan Himpunan Doa-Doa Pilihan diteruskan dengan pengagihan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat Johor, Adda Heights dan juga Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Hospital Permai.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Tuan Hj Abdul A’lim bin Abd. Shukor, Pengurus Besar dan diiringi oleh Encik Abdul Azim bin Hj Shamsudin, Timbalan Pengurus Besar serta Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan.

Usaha ini diharapkan sedikit sebanyak meringankan beban yang terkesan semasa pandemik Covid-19 ini.

#kitajagakita
#stayhome
#staysafe
#PPVJohor
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Hulurkan Tangan Ringankan Beban

HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN

28 Jun – Perbadanan Islam Johor meneruskan usaha menyalurkan sumbangan berupa 1008 botol Air Hijrah serta 300 naskhah Kitab Selawat Nabi dan Himpunan Doa-Doa Pilihan kepada 2 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu PPV Persada Johor dan PPV Dewan Seri Alam, Masai. Sumbangan turut disalurkan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Tuan Hj Abdul ‘Alim bin Abd. Shukor, Pengurus Besar dan diiringi oleh Encik Abdul Azim bin Hj Shamsudin, Timbalan Pengurus Besar serta Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan.

Diharapkan sumbangan yang disalurkan memberi manfaat kepada yang memerlukan dalam usaha menangani pandemik Covid-19 ini.

#kitajagakita
#stayhome
#staysafe
#PPVJohor
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Sumbangan Air Hijrah dan Kitab Selawat Nabi

BERAT SAMA DI PIKUL, RINGAN SAMA DI JINJING

24 Jun, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) berbesar hati untuk menyumbang dalam usaha menangani pandemik Covid-19 ini.

Sumbangan Perbadanan Islam Johor kepada Y. Bhg Datuk Yahya Jaafar, Ahli Majlis Zon Bandar Baru Uda, Majlis Bandaraya Johor Bahru merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru serta Focal Person Kumpulan Penggerak Ibubapa Komuniti (KPIBKS) Kebangsaan & Negeri Johor. Sumbangan berupa Air Hijrah sebanyak 1008 botol dan 300 naskah Kitab Selawat Nabi dan Himpunan Doa-Doa Pilihan untuk diagihkan kepada PUSAT VAKSINASI JOHOR di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru.

Diharapkan usaha ini turut dapat dicontohi oleh semua pihak dalam kebersamaan kita bagi memutuskan rantaian virus Covid-19.

#kitajagakita
#stayhome
#staysafe
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Moga silaturrahim yang dibina berkekalan dan diberkati oleh Allah S.W.T.

Tulus ikhlas dari Pengurus Besar PIJ, Tuan Haji Abdul ‘Alim bin Abd Shukor serta warga kerja Perbadanan Islam Johor

#staysafe
#kitajagakita
#PerbadananIslamJohor

Majlis Sumbangan Bubur Lambuk

29 April, Johor Bahru – Tabung Waqaf Rakyat Johor yang diuruskan oleh Perbadanaan Islam Johor tidak ketinggalan meneruskan aktiviti sumbangan bubur lambuk yang menjadi tradisi setiap datangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Tahun 2021 merupakan tahun kedua sumbangan bubur lambuk ini dilakukan oleh TWRJ setelah sambutan yang mengalakkan pada tahun 2019. Lebih 400 bungkusan bubur diedarkan pada sumbangan bubur lambuk pada kali ini.

InsyaAllah, acara ini akan menjadi acara tahunan TWRJ dan PIJ agar lebih ramai dapat menerima sedikit sumbangan bubur lambuk bagi juadah berbuka puasa.

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan PIJ

28 April, Johor Bahru- Zakat merupakan rukun islam ke-empat yang wajib dilaksanakan. Tidak kira zakat harta mahupun zakat fitrah, kewajipan sebagai seorang muslim itu wajib bagi mereka yang berkemampuan.

Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan Anak-Anak Syarikat PIJ tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab dengan menyerahkan sejumlah RM656,253.05 zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor yang disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul ‘Alim bin Abd Shukor, Pengurus Besar PIJ di Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Berbuka Puasa Bersama Y.A.B Menteri Besar Johor. Majlis ini turut melibatkan pembayar zakat dari Anak Syarikat Kerajaan Negeri Johor dan Syarikat-Syarikat Swasta.

Sesungguhnya, dengan terlaksananya salah satu kewajipan rukun Islam ini, diharapkan usaha dan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh PIJ dan anak-anak syarikat memperoleh keberkatan di dunia dan di akhirat.

Semoga zakat yang diserahkan ini sedikit sebanyak akan membantu meringankan beban asnaf yang kurang berkemampuan.

Majlis Sumbangan Kepada DUN Benut

Benut, 8 April – Majlis Penyampaian Sumbangan kepada masyarakat di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut telah diadakan di Dewan Parit Seraya, Mukim Sungai Pinggan, Pontian Johor.

Perbadanan Islam Johor (PIJ) merupakan salah satu GLC yang terlibat dalam majlis penyerahan tersebut.

Penyampaian Sumbangan LG Smart TV 55” oleh YAB Dato’ Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor kepada 22 buah Sekolah Rendah dan Menengah di dalam Dun Benut, Pontian melalui Program Bantuan Amal Jariah PIJ.

Majlis turut dihadiri Tn. Hj. Abdul ‘Alim bin Abd Shukor, Pengurus Besar PIJ.

Semoga sumbangan ini memperoleh kebaikan dan manfaat bersama.

 

Program Bank Ideas PIJ

Johor Bahru, 5 April – Program “Bank Ideas” PIJ cetusan idea daripada Pengurus Besar, Tn. Hj. Abdul ‘Alim bin Abd Shukor telah diadakan buat julung kalinya bertempat di Hotel Amari, Johor Bahru.

Program ini melibatkan semua pegawai dan pengkhidmat PIJ di mana perlu mengemukakan idea yang memfokuskan kepada Ekonomi, Kesihatan, Pendidikan, Kebajikan dan Sosial dan seterusnya dibentangkan kepada umum yang hadir.

Program ini adalah selaras dengan Pelan Strategik PIJ 2021-2025 yang akan memacu PIJ sebagai sebuah badan kerajaan negeri yang berdaya saing dalam memberikan perkhidmatan terbaik khususnya kepada rakyat Negeri Johor.