DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

“Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-64 kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November 2022 Bersamaan 27 Rabiulakhir 1444 Hijrah”

Sembah takzim daripada Pengurus Besar dan Warga Kerja Perbadanan Islam Johor serta Anak Syarikat Dalam Kumpulan.

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN

#sultanjohor
#harikeputeraan
#daulattuanku
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

MAJLIS PERSARAAN PENGKHIDMAT PERBADANAN ISLAM JOHOR (PIJ)

MAJLIS PERSARAAN PENGKHIDMAT PERBADANAN ISLAM JOHOR (PIJ)

03 Nov, Johor Bahru – Majlis Persaraan telah diadakan bagi En Roslan bin Rabun yang akan bersara wajib pada bulan November 2022. Beliau telah berkhidmat di PIJ selama 37 tahun, bermula dari 1 November 1985 hingga 9 November 2022.

Adalah menjadi adat dan lumrah kehidupan. Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira, begitulah juga besarnya jasa Encik Roslan bin Rabun sehingga tidak mampu untuk kami membalasnya.

Pakat bersama menunggang kuda
Biarpun seketika masanya cuma
Sisihkan sengketa sekiranya ada
Bertemu berpisah rencana Allah yang Esa

Tanam selasih di tengah laman
Cantik berseri si bunga lili
Permata bersinar digelar Kang Lan
Jasa dan budi sentiasa diingati

Moga Allah sentiasa merahmatimu. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

KURSUS MS ISO 9001:2015 AUDIT DALAM (PENDEKATAN RISIKO)

01 & 02 Nov, Johor Bahru – Bagi meningkatkan kefahaman dalam MS ISO 9001:2015 (Proses Audit Dalam), satu kursus telah diadakan bertempat di Hotel Renaissance, Johor Bahru.

Kursus ini dilaksanakan untuk Pegawai dan Pengkhidmat Perbadanan Islam Johor bagi memahami dengan lebih mendalam kaedah yang betul bagi pelaksanaan audit mengikut MS ISO 9001:2015.

Pihak Pengurusan Tertinggi iaitu Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed, En. Khirul Nizam bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ telah menunjukkan komitmen dengan turut serta hadir dalam kursus ini.

Semoga kursus ini memberi manfaat dan kebaikan untuk semua. InsyaAllah.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor

15 & 16 Okt, Johor Bahru – Kumpulan Nasyid Az-Zikr di bawah tajaan Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah menyertai pertandingan di dalam Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor 1444H/2022M anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor bertempat di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor.

Festival ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor. Turut hadir, Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ.

Kumpulan Nasyid Az-Zikr telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Tradisi dan juga Lagu Terbaik Kategori Tradisi. Semoga kejayaan yang dicapai ini menjadi pembakar semangat kepada Kumpulan Nasyid Az-Zikr untuk terus berkarya dan menyebarkan dakwah melalui lagu.

Sila click link https://fb.watch/gcrgvvstln/ minit yang ke 1:20:20 bagi menyaksikan persembahan penuh daripada Kumpulan Nasyid Az-Zikr.

#IslamicMusic
#FestivalNasyid2022
#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

Maulidur Rasul 1444H

ALAM MAULIDUR RASUL 1444H

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W

Semoga cinta dan kasih sayang kita kepada Rasullullah akan terus kekal dan mekar didalam diri.

Mudah-mudahan kita beroleh syafaat darinya.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor

MAJLIS KUNJUNGAN HARI RAYA KE PEJABAT YB DATO’ SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

11 Mei, Iskandar Puteri – Majlis Kunjungan Hari Raya ke Pejabat Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi Bin Rohani adalah bertujuan mengeratkan silaturrahim disamping merebut peluang untuk saling bermaafan di bulan Syawal yang diraikan dengan penuh kesyukuran.

Delegasi Perbadanan Islam Johor dan Anak Syarikat Dalam Kumpulan diketuai oleh Pengurus Besar, Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed dan Pengarah Urusan, Tuan Haji Abdul ‘Alim Bin Abd Shukor.

Semoga dengan pertemuan ini akan lebih memperkukuhkan ukhuwah yang telah terjalin dan berkekalan hendaknya.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN DAN BERBUKA PUASA BERSAMA YAB MENTERI BESAR JOHOR

20 April, Johor Bahru- Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan Anak Syarikat Dalam Kumpulan telah melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat yang merupakan rukun Islam keempat yang wajib dilaksanakan.

Zakat perniagaan bagi tahun 2021 berjumlah RM909,709.73 daripada PIJ dan Anak Syarikat Dalam Kumpulan telah disampaikan oleh Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ kepada YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor di Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Zakat daripada Syarikat-Syarikat Swasta dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Johor, Penyerahan Sumbangan dan Bungkusan Raya bersama PDRM, ATM, GGK dan Penyerahan Dividen Felcra bertempat di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Johor.

Semoga dengan menunaikan zakat ini, secara tidak langsung membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi Umat Islam khususnya di Negeri Johor disamping memperoleh keberkatan di dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh PIJ dan Anak Syarikat Dalam Kumpulan.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BAG SEKOLAH

16 April, Kluang – Perbadanan Islam Johor (PIJ) semakin aktif dalam usaha pemberian sumbangan melalui Program Bantuan Amal Jariah PIJ dengan menyumbang sebanyak 500 buah bag sekolah kepada anak-anak asnaf di seluruh Negeri Johor. Bantuan ini telah disampaikan bertempat di Dewan Ibu’Ku Alimah, Kluang dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Negeri Johor.

Majlis Penyampaian Sumbangan Bag Sekolah ini telah disempurnakan oleh Gerakan Belia 4B Negeri Johor yang dihadiri oleh Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Tuan Haji Md Salleheen Mohamad, selaku wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor. Manakala PIJ dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar, Encik Khirul Nizam Bin Mat Said selaku wakil rasmi Pengurus Besar PIJ.

Pemberian sumbangan bag sekolah ini sedikit sebanyak tanda keprihatinan kepada asnaf-asnaf di seluruh Negeri Johor dalam membuat persediaan mengikuti sesi pembelajaran di sekolah. Semoga sumbangan ini meringankan beban serta menaikkan semangat belajar sehingga dapat memperoleh keputusan yang cemerlang di masa akan datang.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

PENYERAHAN BANTUAN DIALISIS / PERUBATAN

13 April, Johor Bahru – Program Bantuan Dialisis / Perubatan diteruskan lagi pada tahun ini oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) dalam usaha meringankan beban kewangan pesakit-pesakit dialisis khususnya di Negeri Johor.

Penyerahan bantuan ini yang bertempat di Bangunan MAINJ URUS SDN. BHD. telah disampaikan oleh Pengurus Besar PIJ, Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed. Turut hadir, Pengurus Besar MAINJ URUS SDN. BHD., Puan Andek Nurraha Binti Bachok.

Semoga dengan adanya bantuan seumpama ini dapat memanfaatkan serta sedikit sebanyak menaikkan semangat dalam melawan penyakit serta segera sembuh. Insya-Allah

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

LAWATAN KE OPAH’Z BAKERY

13 April, Johor Bahru – Opah’z Bakery adalah merupakan salah satu penerima bantuan Program Pengembangan Perniagaan yang diberikan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ). Fokus utama pogram ini diwujudkan adalah bagi membantu golongan usahawan dalam usaha untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diceburi, disamping merancakkan pembangunan sektor keusahawanan di Negeri Johor.

Lawatan oleh Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ ke Opah’z Bakery bertujuan untuk meninjau kilang pembuatan roti dan produk bakery yang dihasilkan. Turut hadir, Encik Khirul Nizam Bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar dan Tuan Haji Azizi Redza Bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan.

PIJ komited bagi meningkatkan usaha bantuan melalui program-program yang dapat dimanfaatkan oleh usahawan di Negeri Johor khususnya usahawan Bumiputera. Diharapkan bantuan yang disalurkan digunakan bagi pengembangan perniagaan yang lebih meluas di masa akan datang.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah