PROGRAM MAJLIS SUMBANGAN BANTUAN SEMARAK KASIH RAMADAN PERBADANAN ISLAM JOHOR 2024/ 1445H

25 Mac, Kota Tinggi – Perbadanan Islam Johor (PIJ) berbesar hati menyalurkan sumbangan barangan keperluan kepada 116 penerima sumbangan. Program Bantuan Semarak Kasih Ramadan PIJ pada kali ini melibatkan 2 buah daerah iaitu daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi.
Bantuan dalam bentuk kotak rezeki sempena Ramadan Al Mubarak adalah merupakan cetusan idea oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ. Sumbangan yang berjumlah RM10,725.80 telah disumbangkan kepada 58 orang penerima yang merupakan golongan B40 yang telah disenaraikan oleh Pihak Daerah Johor Bahru manakala 58 orang yang lain merupakan penerima yang terdiri daripada Pemandu Teksi/ Kereta Sewa Daerah Kota Tinggi.
Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan keceriaan dan bermanfaat dalam menyambut bulan Ramadan yang berkat ini.