PERUTUSAN PENGURUS BESAR
Bismillah & Assalamualaikum
Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kerana melayari laman web Perbadanan Islam Johor. Perbadanan Islam Johor yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor (PKEINJ) telah ditubuhkan pada 6 Mei 1976 melalui Enakmen Bil. 1 Tahun 1976 oleh Kerajaan Negeri Johor. Perbadanan telah memulakan operasi pada 1 Januari 1977.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, bidang ICT atau Teknologi Komunikasi dan Informasi ini telah menjadi perkara utama di dalam pembangunan sesebuah negara. Seiring dengan era global, Perbadanan tidak mahu ketinggalan untuk menyahut saranan Kerajaan untuk memperkukuhkan pengetahuan ICT. Matlamat Perbadanan adalah mewujudkan masyarakat celik IT di kalangan pegawai kakitangan kerajaan dan umat Islam dalam negeri Johor amnya.
Diharap dengan adanya laman web Perbadanan, semua umat Islam Negeri Johor dapat berkongsi manfaat yang lebih baik dengan informasi terkini dan menjadikan ICT sebagai satu alat saluran komunikasi yang berkesan dan dinamik.
Sekian, terima kasih.
“KETEGUHAN EKONOMI, MEMBANGUN UMMAH”
Pengurus Besar PIJ