MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN AMAL JARIAH PIJ DI MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL KERJAYA, PENDIDIKAN, KEUSAHAWANAN DAN HARI TERBUKA KUIJSI

06 Feb, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah melaksanakan Program Bantuan Amal Jariah di mana program ini adalah dirangka dengan tujuan untuk membantu sosio-ekonomi umat Islam di Negeri Johor. Melalui program ini, PIJ telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Mesin Cetak kepada pelajar-pelajar IPTA kelahiran Negeri Johor.
Seramai 650 orang pelajar IPTA telah layak untuk menerima Bantuan Mesin Cetak dan 55 orang penerima daripada 650 orang adalah merupakan pelajar Tahun Pertama KUIJSI peringkat Diploma. Usaha ini selaras dengan peranan PIJ dalam memainkan peranan bagi perkembangan Pendidikan Pengajian Tinggi dalam kalangan rakyat Negeri Johor.
Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak membantu dalam perkembangan pendidikan umat Islam khususnya di Negeri Johor.