Ayuh Berwakaf Bersama Tabung Waqaf Rakyat Johor

Hanya scan sahaja kamera telefon bimbit anda atau menggunakan QR Code Reader bagi berwakaf secara dalam talian.

Membangun Swadaya Ummah.

#TabungWaqafRakyatJohor
#PerbadananIslamJohor

Jom Berwakaf Bersama TWRJ!

Daulat Tuanku

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI pada 7 Jun 2021 bersamaan 26 Syawal 1442H.

Sembah Takzim Daripada Warga Perbadanan Islam Johor

Waktu Operasi PIJ Semasa PKP 2.0

Perbadanan Islam Johor akan menghadkn masa operasi sepanjang dalam tempoh PKP 2.0 ini.

Adalah dinasihatkan kepada semua  pelanggan untuk membuat temujanji terlebih dahulu bagi memudahkan  urusan dapat dijalankan dengan teratur dan  lancar.

Bersama-sama kita mencegah dan memutuskan rantaian COVID-19 ini.

#KitaJagaKita
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

 

Notis Penutupan Pejabat PIJ

Pemakluman kepada pelanggan Perbadanan Islam Johor (PIJ) bahawa Pejabat PIJ ditutup mulai 19 Januari 2021 hingga 21 Januari 2021 untuk proses pembersihan dan sanitasi.

Sebarang urusan berkaitan boleh melalui email rasmi PIJ : pij@pij.gov.my atau melalui laman sosial facebook atau instagram PIJ.

Kaji Selidik Belanjawan Johor 2021

Orang ramai dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam tinjauan Belanjawan Johor 2021 dengan melayari http://bit.do/BelanjawanJohor2021 yang dibuka mulai 31 Ogos 2020 hingga 30 September 2020.

Tinjauan ini adalah usaha Kerajaan Negeri Johor untuk mendapatkan serta memahami keutamaan rakyat dalam menghasilkan dan membentuk sebuah belanjawan yang mengambil kira kebajikan dan kemakmuran semua lapisan masyarakat.

Tujuh segmen diberi tumpuan, iaitu meningkatkan kesejahteraan rakyat, pembangunan modal insan dan peluang pekerjaan; pemerkasaan ekonomi (termasuk ekonomi digital) dan menarik pelaburan berimpak tinggi; transformasi tadbir urus kerajaan; kelestarian alam sekitar; penyediaan infrastruktur dan pengangkutan awam; pemerkasaan syiar Islam, warisan dan kebudayaan serta perpaduan dan keselamatan, pemerkasaan wanita dan belia.

Kesemua segmen ini dirangka untuk menghasilkan pelan perancangan jangka panjang bagi mendepani ketidaktentuan ekonomi global dan penularan wabak COVID-19.

Belanjawan Johor 2021 akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Negeri Johor pada 19 November ini.

Banci Malaysia (e-Census)

 

Untuk maklumat lanjut sila klik di pautan

Pamphlet e-Census 2020

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1441H

Assalamualaikum kepada rakyat Johor,

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1441H anjuran Perbadanan Islam Johor dan Kumpulan akan diadakan pada 12 Disember 2019 jam 8.30 pagi bertempat di Masjid Jamek Kg.Kurnia, Johor Bahru. Penceramah undangan khas adalah Y.Bhg Dato  Kazim Elias. Semua Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Belanjawan Johor 2020

Seramai hampir 3.8 juta penduduk Johor bakal menerima berita gembira yang dinanti-nantikan tidak lama lagi. Jangan lupa ikuti PEMBENTANGAN BELANJAWAN JOHOR 2020, secara “LIVE” menerusi beberapa saluran rasmi media sosial yang terpilih, antaranya:

Akaun Facebook Menteri Besar Johor di https://www.facebook.com/drsahruddinjamal/
Laman sesawang Kerajaan Johor di https://www.johor.gov.my/

Akaun Facebook Astro Awani di https://www.facebook.com/astroawani/
Atau di mana-mana laman sesawang jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor pada Khamis, 21 November 2019, 9.30 pagi.

BELANJAWAN JOHOR 2020 juga boleh didengari secara “LIVE” menerusi saluran radio Johor FM 101.9 dan Best FM 104.1.

Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2017

Tahniah kepada Perbadanan Islam Johor kerana mendapat

5 Bintang KPI HRMIS 2017

Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ)

Panduan dan syarat mengisi borang Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ)

Borang permohonan hanya boleh didapati melalui Pejabat DUN

atau Pusat Khidmat Masyarakat di tempat anda

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Insist Amilat Sdn Bhd : 07 -3326789