MAJLIS SANJUNGAN BUDI SEMPENA PERSARAAN YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN SALLEH, PENGURUS BESAR PERBADANAN ISLAM JOHOR

12 NOVEMBER 2024 | SELASA | 11:00 PAGI | GRAND BALLROOM 1, 2 LEVEL 11, DOUBLETREE BY HILTON, JOHOR BAHRU
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah hadir ke majlis gilang gemilang ini bersempena dengan persaraan beliau selaku Pengurus Besar PIJ.
Majlis diteruskan dengan YBrs Tuan Khairul Hafiz bin Mohamad@Mazlan, Timbalan Pengurus Besar PIJ, memberikan ucapan selaku wakil pengkhidmat dan warga kerja PIJ dengan rasa penuh penghargaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ di atas segala khidmat bakti dan jasa yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di PIJ khasnya dan Negeri Johor amnya.
Di dalam majlis ini juga Yang Berhormat Dato’ sempat menyampaikan cenderahati kepada Mantan Timbalan Pengurus Besar PIJ iaitu Encik Khirul Nizam bin Mat Said yang akan bertukar dan berpindah sebagai Pengarah Jabatan Landskap Negeri Johor yang baharu.
Yang Berhormat Dato’ telah mula berkhidmat bersama PIJ pada 15 Februari 2023 hingga 21 November 2024 selaku Pengurus Besar PIJ.
Sepanjang tempoh 31 tahun perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor di pelbagai jabatan telah banyak sumbangan serta jasa yang ditaburkan. Selain itu juga, beliau merupakan seorang yang berdedikasi didalam melaksanakan tugasan dan amanah yang diberikan.
Semoga kenangan Yang Berhormat Dato’ di PIJ akan menjadi antara memori yang terindah disepanjang perkhidmatan beliau.
Warga Kerja PIJ mendoakan agar segala urusan Yang Berhormat Dato’ dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan baik yang berpanjangan.
Selamat Bersara Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh dan Terima Kasih.
Turut hadir di dalam majlis ini Tuan Abdul Malik bin Haji Ismail, Pengarah Urusan PIJ Holdings Sdn. Bhd., Tuan Haji Md Asri bin Amir, Pengurus Besar PIJ Holdings Sdn. Bhd., anak-anak syarikat PIJ, pegawai-pegawai kanan PIJ, pegawai serta pengkhidmat PIJ.

Belanjawan Johor 2025

Alhamdulillah dan Terima Kasih kepada YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor atas pengumuman Belanjawan Johor 2025 yang memberikan fokus kepada 6 teras utama merangkumi 49 inisiatif dalam memperkasa pentadbiran negeri secara holistik.
Perbadanan Islam Johor melalui Belanjawan PIJ dan TWRJ telah memperuntukkan sejumlah RM5.1 Juta bagi pelaksanaan inisiatif Belanjawan Johor 2025 sebagaimana butiran berikut:
1. RM1 Juta – Membina surau Sekolah Agama Al-Mizan, Kempas, Johor Bahru.
2. RM500 ribu – Membaik pulih infra Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKJ).
3. RM1.5 Juta – Membina surau baru di tapak wakaf Taman Melawati, Skudai, Johor.
3. RM1 Juta – Membina baru/baik pulih/surau/masjid/musolla Masjid Parit Sangit, Batu Pahat, Johor.
4. RM200 ribu – Tanggungjawab sosial PIJ membantu pelajar istimewa mendapat bimbingan pembelajaran yang mampu meningkatkan daya sensori.
5. RM100 ribu – Tanggungjawab sosial PIJ membantu pelajar beragama Islam di Negeri Johor dengan menyalurkan peralatan pembelajaran yang terkini sekaligus memberikan manfaat kepada pendidikan jangka masa panjang.
6. RM800 ribu – Tanggungjawab sosial PIJ dalam membantu pelajar beragama Islam di dalam Negeri Johor mencapai kecemerlangan dalam pencapaian akademik dengan pemberian kemudahan alat bantuan belajar yang terbaik dan terkini.
Semoga dengan pelaksanaan inisiatif ini memanfaatkan seluruh masyarakat Negeri Johor.
YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN TUKANG KASUT PERBADANAN ISLAM JOHOR TAHUN 2024

29 Oktober, JOHOR BAHRU – Majlis Penyerahan Replika Cek bagi Program Pembangunan Usahawan Tukang Kasut PIJ Tahun 2024 telah berlangsung di Bilik Seminar Perdana, PUJB.
Timbalan Pengurus Besar PIJ, Encik Khairul Hafiz Bin Mohamad @ Mazlan telah hadir selaku wakil rasmi Pengurus Besar PIJ manakala pihak PUJB telah diwakili oleh Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Usahawan PUJB, Encik Azizi Noor Fizi Bin Jamion selaku wakil rasmi Pengarah Eksekutif PUJB.
Pada tahun ini, seramai 25 orang peserta telah terpilih untuk menerima bantuan ini dimana setiap peserta bukan sahaja diajar teori berkaitan pemasaran produk dan pengurusan perakaunan yang efisyen, malah setiap peserta juga menerima peralatan / mesin untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada.
Sebagai sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Johor, PIJ komited dalam mengembangkan sektor keusahawanan khususnya di Negeri Johor agar dapat merancakkan ekonomi Negeri Johor secara amnya.
Semoga dengan adanya bantuan seperti ini, lebih banyak usahawan yang berdaya saing pada masa akan datang.
Perbadanan Usahawan Johor
#UsahawanPIJ
#ProgramBantuanAmalJariahPIJ
#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN PENGURUS BESAR KE IBU PEJABAT SIRIM BERHAD

22 Oktober, SHAH ALAM – Satu sesi Kunjungan Hormat dan Lawatan oleh delegasi PIJ telah diadakan ke Ibu Pejabat SIRIM Berhad, Shah Alam, Selangor.
Delegasi PIJ yang diketuai oleh Pengurus Besar, Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh telah disambut oleh Pengurus Besar Kanan, Pejabat Wilayah, SIRIM Berhad iaitu Tuan Haji Abd Ghani Bin Abd Rahman.
Melalui lawatan ini, PIJ telah didedahkan mengenai fungsi dan objektif SIRIM, disamping pelbagai kejayaan yang telah ditempa oleh SIRIM menerusi pelbagai bidang meliputi pembuatan produk dan R&D.
Menerusi sesi lawatan ini juga, delegasi PIJ dibawa bagi meninjau Loji Pandu Detergent dimana peserta-peserta tajaan PIJ sedang diberikan latihan bagi menghasilkan pelbagai produk pencuci berasaskan sabun.
Program ini adalah dibawah peruntukan Program Pembangunan Usahawan Detergent PIJ dengan kerjasama SIRIM Berhad, melalui Program Bantuan Amal Jariah PIJ.
Semoga kerjasama strategik ini berjaya menghasilkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing khususnya di Negeri Johor.

SESI ‘CLOCK IN’ TIMBALAN PENGURUS BESAR, PERBADANAN ISLAM JOHOR

21 Oktober, JOHOR BAHRU – Sesi ‘clock in’ oleh Encik Khairul Hafiz bin Mohamad @ Mazlan, Timbalan Pengurus Besar bertempat di Aras 3, Pejabat Perbadanan Islam Johor.
Selamat Datang dan Tahniah di atas pelantikan sebagai Timbalan Pengurus Besar, PIJ. Semoga dengan semangat dan komitmen bersama, PIJ mampu melangkah lebih jauh demi kemajuan ummah.
Selamat Bertugas!

SUMBANGAN PERBADANAN ISLAM JOHOR UNTUK FOOD BANK UiTM CAWANGAN JOHOR

20 Oktober, SEGAMAT – Majlis Penyerahan Mock Cheque Sumbangan Perbadanan Islam Johor untuk Food Bank UiTM Cawangan Johor.
PIJ telah mengambil inisiatif bagi membantu pelajar-pelajar IPTA di kalangan B40 dengan sumbangan bagi tujuan Food Bank di UiTM Cawangan Johor.
Hal ini adalah bertepatan dengan objektif utama PIJ yang berperanan dalam membantu membangunkan sosio ekonomi rakyat Islam Negeri Johor.
Majlis penyerahan mock cheque ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar PIJ, Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh bersama Reaktor UiTM Cawangan Johor, Yang Berusaha Prof Madya Dr. Saunah Binti Zainon. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengurus Besar PIJ, En. Khirul Nizam Bin Mat Said, Timbalan Reaktor Akademik, Yang Mulia Prof Madya Dr. Raja Adzrin Binti Raja Ahmad serta pegawai-pegawai kanan UiTM Cawangan Johor dan PIJ.
Semoga usaha murni ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar ini dalam mendapatkan sumber makanan yang sihat demi mencapai kecemerlangan akademik.

PROGRAM BANTUAN PERCETAKAN KITAB AGAMA DAN PENULISAN ILMIAH

15 Oktober, JOHOR BAHRU – Sesi temuramah di antara Pengurus Besar, YB Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh telah berlangsung di Pejabat Pengurus Besar bersama pasukan penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh Yang Berusaha Dr. Harliana binti Halim, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Sosial, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, UTHM.
Sesi temuramah ini adalah untuk mendapatkan pandangan, serta visi dan misi yang akan dijadikan input dalam penghasilan buku sejarah penubuhan PIJ, dari kaca mata Pengurus Besar.
Turut diadakan adalah sesi temuramah diantara pasukan penyelidik UTHM bersama mantan Pengurus Besar, Tn. Haji Muzaldin Bin Mohamed.
Bersekali dengan sesi temuramah tersebut, pihak penyelidik UTHM telah menyerahkan buku bertajuk Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dalam Perkembangan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Johor yang ditaja melalui program bagi tahun 2023.
Semoga dengan terhasilnya buku sejarah penubuhan PIJ ini akan lebih mengharumkan lagi nama PIJ di mata Rakyat Negeri Johor.

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN ISLAM JOHOR KE 94

06 Okt, Johor Bahru – PIJ telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Perbadanan Islam Johor Ke 94 bertempat di Bilik Mesyuarat Junior Ballroom II di Tingkat 11, Hotel Double Tree, Johor Bahru.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor Y.A.B Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, selaku Pengerusi PIJ.
Mesyuarat ini antaranya bertujuan untuk membentangkan laporan kewangan, aktiviti serta prestasi PIJ. Selain itu, mesyuarat ini juga adalah bagi memastikan PIJ berfungsi dengan baik dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Turut hadir, Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Pengurus Besar PIJ, YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh. Hadir sama, barisan pengurusan tertinggi Perbadanan Islam Johor (PIJ).
Semoga PIJ berupaya menjadi pemangkin perubahan yang positif dalam memajukan masyarakat Islam khususnya di Negeri Johor.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1446H/2024M

26 September, JOHOR BAHRU – Perbadanan Islam Johor (PIJ) dengan kerjasama SMK Sultan Ismail Johor Bahru (SSI) telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M dengan tema “Al-Falah Pemacu Maju Johor” bertempat di Dewan SSI.
Majlis yang diadakan buat julung kalinya dimulakan dengan perarakan yang melibatkan seramai hampir 1,200 dari pelajar dan guru SSI serta pengkhidmat Perbadanan Islam Johor (PIJ).
Majlis yang mulia dan penuh keberkatan ini bertujuan merayakan Maulidur Rasul, iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Ini adalah saat yang tepat untuk memperbaharui kecintaan dan penghayatan kita terhadap ajaran dan akhlak Baginda.
Semoga sambutan Maulidur Rasul bukan sahaja menjadi tradisi tetapi merupakan satu usaha untuk menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
Salam Maulidur Rasul 1446H.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE 67

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE 67 🇲🇾 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔! 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔! 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔! 🇲🇾
Merayakan kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi juga merayakan semangat dan tekad yang terus hidup dalam jiwa kita. Di saat kita mengibarkan bendera, marilah kita juga mengibarkan semangat kebebasan dan keazaman untuk maju bersama.
Hari ini, kita bukan hanya merayakan hari kemerdekaan, tetapi juga meraikan kebebasan yang kita nikmati, berusaha untuk menjadi lebih baik, dan menyokong satu sama lain untuk membina masa depan yang lebih gemilang.
Selamat Hari Kemerdekaan! Bersama, kita terus membina negara dengan jiwa merdeka! 🇲🇾
Ikhlas dari Perbadanan Islam Johor dan Anak Syarikat dalam Kumpulan