Majlis Penyerahan Surat Tawaran & Kunci Inkubator Taman Bukit Dahlia

PASIR GUDANG, 3 Feb 2017

Y.A.B DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Kunci Inkubator Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor.

Projek Inkubator ini merupakan salah satu Projek Perbadanan Islam Johor yang hanya mengambil masa setahun untuk disiapkan.  Projek ini bertujuan menyediakan ruang pejabat sebagai tapak awal untuk usahawan baru negeri ini memulakan perniagaan selain pusat rujukan untuk tempoh 3 tahun kepada setiap peserta.

PIJ turut memberikan kadar sewa rendah iaitu RM 300 sebulan untuk tahun pertama. Ini dapat membantu usahawan muda menjadikan inkubator ini sebagai ‘start up’ perniagaan mereka.

Inkubator ini juga akan dijenamakan sebagai sebuah tapak awal perniagaan yang dikenali ramai terutamanya di Negeri Johor. Projek Inkubator di Bandar Baru Uda pula dijangka dibuka permononan untuk penyewaan sekitar kuarter kedua tahun 2017.

Selain itu, Tabung Waqaf Rakyat Johor juga turut menyertai majlis tersebut. Segala kutipan dan hasil dari inkubator ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Waqaf Rakyat Johor. Ini bertujuan banyak lagi projek-projek inkubator dapat diwujudkan di Negeri Johor ini.

Menariknya di Inkubator Taman Bukit Dahlia ini, pada sebelah malam akan diletakkan food truck-food truck pada setiap hari bagi membolehkan pengunjung dari luar merasai sendiri makanan dan suasana konsep dari food truck tersebut. Setiap hujung minggu pula, diwujudkan ‘Car Boot Sale’ bagi semua pengunjung mendapatkan barangan dengan harga yang sangat berpatutan.

Segala projek-projek ini tidak akan dapat dijalankan tanpa sokongan dari semua pihak. Terima kasih atas bantuan dan sokongan secara langsung atau tidak.

Teruskan berwaqaf di Tabung Waqaf Rakyat Johor dan menyokong Perbadanan Islam Johor, kemajuan kita adalah kemajuan bersama.

‘ Keteguhan Ekonomi Membangun Ummah ‘
‘ Membangun Swadaya Ummah ‘

Taklimat Potongan Skim Waqaf Tunai TWRJ – Kota Iskandar

Kota Iskandar, 1 Feb 2017

Taklimat Potongan Skim Waqaf Tunai TWRJ
================================

Alhamdulillah, selesai taklimat dan sedikit penerangan berkenaan waqaf dan projek-projek khusus yang akan dijalankan.

Kali ini di Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) yang mendapat sambutan yang sangat baik. Seisi soal-jawab juga dijalankan bagi memberi kefahaman kepada semua berkenaan waqaf.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan dipermudahkan.

#jomberwaqaf
#membangunswadayaummah

Majlis Perasmian Skim Potongan Gaji (TWRJ)

PERSADA Johor, 26 Jan 2017.

Y. B Tuan Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bersama Y.B Datuk Haji Md Jais Sarday (EXCO Pendidikan, Penerangan, Koperasi & Pembangunan Usahawan Kerajaan Johor) menyerahkan borang J1, borang potongan gaji skim waqaf tunai, Tabung Waqaf Rakyat Johor kepada Pengurus Besar PIJ disaksikan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang sekaligus menyempurnakan Majlis Pelancaran Pemotongan Gaji Skim Wakaf Tunai (Tabung Waqaf Rakyat Johor).

Pelancaran itu diadakan pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor Tahun 2017 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.

Sokongan dan semangat berwaqaf harus diterapkan bagi Pasukan Johor (team Johor) bukan sahaja di peringkat Pentadbiran, Agensi Kerajaan, NGO dan swasta malah perlu dukungan dari semua bangsa Johor khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.

Ayuh Team Johor! Mari Berwaqaf demi Membangun Swadaya Ummah!

#teamJohor
#membangunswadayaummah
#perbadananislamJohor
#tabungwaqafrakyatJohor

Taklimat TWRJ di Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Johor Bahru, 19 Jan2017

Taklimat Bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor
======================

Taklimat dihadiri seramai lebih kurang 26 oramg anggota . Alhamdulillah, komitmen yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor jelas dan pelbagai persoalan berkenaan waqaf turut terjawab.

Terima kasih di atas sokongan dan penyertaan dalam menyalurkan dana waqaf individu dan potongan gaji skim waqaf tunai yang diberikan.

#jomberwaqaf #twrj
#membangunswadayaummah
#marimengejarkeberkatanhidup
#jabatankesihatannegerijohor

Majlis Pelancaran Tabung Waqaf Rakyat Johor

DYMM Sultan Johor mencemar duli melancarkan Tabung Wakaf Rakyat Johor pada 8 November 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor Bahru. Kerajaan Negeri juga menyumbang RM 5 juta untuk Tabung Wakaf. InsyaAllah, tabung ini akan berfungsi sebagai wadah amal jariah bagi seluruh umat Islam di Johor dan cara Johor mengukuhkan muafakat Bangsa Johor.

Apabila rakyat dan Kerajaan berganding bahu, untuk menyelesaikan kemaslahatan umum, maka pasti akan terjelmalah masyarakat terbaik. Alangkah indah dan menyenangkan, bila setiap Bangsa Johor, ikhlas menjalin keeratan yang tulus, di atas nama muafakat, demi melakukan amal dan kebaikan kepada masyarakat umum.

Tabung Waqaf Rakyat Johor ini juga adalah ikhtiar kita dalam menggunakan pelbagai model Islam untuk menyuburkan kebaikan di bumi Johor.Semoga dengan manfaat dari Tabung Wakaf ini nanti, akan lahirlah ilmuan-ilmuan terbaik. Yang akan menyumbang kepada kemajuan ilmu pengetahuan, penemuan sains dan teknologi serta penghasilan karya bermutu dan termaju.Akan terbinanya sekolah, universiti, hospital, rumah ibadat, perpustakaan, pasaraya, jalanraya, sistem pengairan, perumahan dan pelbagai lagi prasarana yang lebih baik. Demi kesejahteraan hidup yang selayaknya

Setakat ini, kita sudah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 12 juta sumbangan bagi Tabung Wakaf Rakyat Johor.Saya mengambil kesempatan ini, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua hartawan dan dermawan yang telah berbesar hati memberikan sumbangan ikhlas ini. Semoga kita menjadi umat terbaik yang dijanjikan Allah di dalam Alquran. insyaAllah

#teamJohor
#membangunswadayaummah
#perbadananislamJohor
#tabungwaqafrakyatJohor