Lawatan kerja oleh Majlis Islam Sarawak dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS)

Lawatan kerja oleh Majlis Islam Sarawak dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) ke Perbadanan Islam Johor
———————————————-
6 April 2017, Inkubator Bukit Dahlia, Pasir Gudang – Kunjungan delegasi Majlis Islam Sarawak dan TBS seramai 21 orang turut dihadiri oleh YBhg. Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak ke Perbadanan Islam Johor diadakan bagi bertukar idea dan pandangan.

Turut membentangkan halatuju Perbadanan Islam Johor , dan pembangunan Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) serta projek-projek khas yang sedang dan akan dijalankan.

Semoga lebih terjalin hubungan ukhuwah sesama Islam dengan lawatan ini.
Semoga segalanya dipermudahkan demi membangun swadaya ummah!

Keteguhan Ekonomi Membangun Ummah!
#majlisislamsarawak
#perbadananislamjohor
#tabungbaitulmalsarawak

 

 

Kerjasama Wakaf MAINJ dan Unit Waqaf PIJ

” Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia ”

Kerjasama Wakaf MAINJ dan Unit Waqaf PIJ
================================

Pertemuan antara Tabung Waqaf Rakyat Johor bersama Penolong Pengarah Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor, Ustaz Mohd Rilizam bin Rosli.

TWRJ diwakili oleh Pengurus Pembangunan Kanan, Menanggung Kerja Timbalan Pengurus Besar, Encik Azizi Redza bin Haji Zainal bagi membincangkan kerjasama antara dua unit dalam membangun dan menguruskan tanah wakaf di Negeri Johor.

Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan. Segalanya untuk kepentingan Rakyat Johor.

#MembangunSwadayaUmmah

 

Majlis Jamuan Teh

Alhamdulillah. Selesai sudah Majlis Jamuan Teh sempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim yang ke-58.

Allah Peliharakan Sultan ~~

Daulat Tuanku!

Majlis Penyerahan Surat Tawaran Penyewaan Inkubator PIJ, Pengerang

Pengerang, 16 Mac 2017

Majlis Penyerahan Surat Tawaran Penyewaan Inkubator PIJ, Pengerang disempurnakan Menteri Besar Johor, Y.A.B. Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

Pembangunan Inkubator itu dijangka siap pada penghujung April 2017 yang akan disewakan kepada usahawan belia pada kadar RM300 sebulan.

Kos keseluruhan pembangunan Inkubator yang melibatkan 16 unit pejabat itu berjumlah RM1.2 juta.

Diharapkan Inkubator ini dapat membantu usahawan untuk lebih sukses.

#majlispenyerahansurattawarandankunciinkubatorpij
#perbadananislamjohor
#pijholdings
#inkubatorpij
#tabungwaqafrakyatjohor

Taklimat Waqaf oleh MAINJ & PIJ

Johor Bahru, 16 Mac 2017

Taklimat waqaf gabungan antara Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Tabung Waqaf Rakyat Johor, Perbadanan Islam Johor bertempat di Jabatan Audit Negara, Johor di Wisma Persekutuan.

Turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Audit Johor, Encik Mohd Said bin Supar.

Semoga diberikan kefahaman yang jelas tentang waqaf dan kelebihannya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

Ramai yang telah menyertai waqaf tunai.. Semoga Allah melipatgandakan rezeki tuan-tuan dan puan-puan..InshaaAllah

Sekali lagi pihak TWRJ mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan dana waqaf dan sambutan baik yang diberikan.. Semoga Allah membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan.

#tabungwaqafrakyatjohor
#jomberwaqaf
#majlisagamaislamnegerijohor
#mainj
#twrj

Majlis Solat Berjemaah, Tahlil & Yasin PIJ

Kebun Teh, 2 Mac 2017

Majlis Solat Berjemaah, Tahlil & Yasin Perbadanan Islam Johor
===========================

Satu Majlis Solat Berjemaah, Tahlil & Yasin Perbadanan Islam Johor diadakan di Pejabat Perbadanan Islam Johor di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, Johor.

Majlis ini diadakan sempena mewujudkan lagi ukwah antara pengkhidmat PIJ. Turut serta,warga kerja Insist Amilat Sdn Bhd.

Disamping itu, Majlis ini juga sebagai Majlis Kesyukuran Bangunan PIJ aras 3 yang telah siap ditambahbaik. Pejabat PIJ akan berpindah ke bangunan ini tidak lama lagi.

#MembangunSwadayaUmmah
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah

Taklimat Kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru

MBJB, 24 Feb 2017

Kali ini team TWRJ menyampaikan taklimat di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk menerangkan tentang waqaf, fungsi serta projek khusus TWRJ yang akan dijalankan pada tahun 2017.

Alhamdulillah, sambutan yang amat baik dan menggalakkan. Ramai yang telah menyertai waqaf tunai individu dan akan bersama menyumbang dana waqaf melalui potongan gaji skim waqaf tunai.

Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan menjadi tulang belakang TWRJ untuk terus maju dalam melaksanakan projek yang telah dirancang dan membangunkan tanah-tanah waqaf di Negeri Johor.

Sekali lagi, terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang sudi berwaqaf dan menyumbang. Allah jua yang dapat membalasnya.

#jommengejarkeberkatanhidupdenganberwaqaf
#jomberwaqf
#membangunswadayaummah
#mbjb

Taklimat Kepada Pejabat Menteri Besar Johor

Kota Iskandar, 22 Feb 2017

Taklimat Kepada Pejabat Menteri Besar Johor
=================================

Taklimat dihadiri oleh pegawai dan pengkhidmat di Pejabat Menteri Besar.

Alhamdulillah, mereka bersetuju dengan halatuju dan perkembangan Waqaf di Negeri Johor ini.

Semoga kejayaan ini bersama kita jayakan.

#jomberwaqaf
#membangunswadayaummah

Taklimat TWRJ Di Kulai & Tangkak

Kulai & Tangkak, 20 Feb 2017

Taklimat Pembangunan dan Potongan Gaji Skim Waqaf Tunai TWRJ
================================

19 Februari 2017-Alhamdulillah, selesai taklimat dan sedikit penerangan berkenaan waqaf dan projek-projek khusus yang akan dijalankan.

Kali ini dijalankan taklimat di dua lokasi iaitu Majlis Perbandaran Kulai yang disampaikan oleh Ustaz Nor Hisham bin Md Sawal dan Pejabat Pendidikan daerah Tangkak oleh Ustaz Mior Muhammad Hazwan bin Abd Rani yang mendapat sambutan yang sangat baik. Seisi soal-jawab juga dijalankan bagi memberi kefahaman kepada semua berkenaan waqaf.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan dipermudahkan.

#jomberwaqaf
#membangunswadayaummah
#SkimPotonganGajiWaqafTunai

Kaunter TWRJ di Plaza Angsana, Johor Bahru

Plaza Angsana, 19 Feb 2017

Kaunter TWRJ di Plaza Angsana, Johor Bahru
=================================

Temui kami, Tabung Waqaf Rakyat Johor di Plaza Angsana, Johor Bahru dari jam 10.00am-5.00pm hari ini!

Program mendekati pewaqaf ini bertujuan memudahkan pewaqaf berwaqaf dengan lebih mudah dan sambil membeli belah.

Ayuh, bersama kita menyuburkan waqaf di Negeri Johor ini. Sumbangan waqaf akan disalurkan kepada 3 projek khas TWRJ iaitu :

1) Hospital Pakar Islam di Jalan Tahana ;
2) Dewan Besar Larkin di Jalan Datin Halimah ;
3) Food Truck Muafakat Bangsa Johor di Taman Molek & Taman Bukit Indah.

Bersama kita menyumbang dan membangun swadaya ummah!

#jomberwaqaf
#membangunswadayaummah