Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan PIJ

28 April, Johor Bahru- Zakat merupakan rukun islam ke-empat yang wajib dilaksanakan. Tidak kira zakat harta mahupun zakat fitrah, kewajipan sebagai seorang muslim itu wajib bagi mereka yang berkemampuan.

Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan Anak-Anak Syarikat PIJ tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab dengan menyerahkan sejumlah RM656,253.05 zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor yang disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul ‘Alim bin Abd Shukor, Pengurus Besar PIJ di Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Berbuka Puasa Bersama Y.A.B Menteri Besar Johor. Majlis ini turut melibatkan pembayar zakat dari Anak Syarikat Kerajaan Negeri Johor dan Syarikat-Syarikat Swasta.

Sesungguhnya, dengan terlaksananya salah satu kewajipan rukun Islam ini, diharapkan usaha dan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh PIJ dan anak-anak syarikat memperoleh keberkatan di dunia dan di akhirat.

Semoga zakat yang diserahkan ini sedikit sebanyak akan membantu meringankan beban asnaf yang kurang berkemampuan.