Penyerahan Bantuan Pesakit Dialisis (Fistula)

Muar – 15 Feb, Perbadanan Islam Johor telah memberikan bantuan tunai secara “one-off” sebanyak RM1,000.00 bagi mengurangkan beban untuk kos pemasangan fistula. Jumlah penerima adalah sebanyak 9 orang pesakit.

Program ini telah diadakan sejak 2004 dan dijangka akan tetap diteruskan untuk tahun 2021.
Semoga usaha murni ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan membantu pesakit dialisis tersebut. Insyaallah.