Penyerahan sumbangan handsanitizer dan A4 paper

15 Mac, Kulai – Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor telah menjalinkan kerjasama menyalurkan bantuan hand sanitizer dan kertas A4.

Tuan Haji Abdul ‘Alim bin Abd Shukor, Pengurus Besar PIJ mengiringi Y.B Tuan Haji Tosrin bin Jarvanti, Ahli Majlis Kerajaan Negeri Johor juga merupakan Ahli Dewan Undang Negeri Johor (ADUN) Bukit Permai menyampaikan bantuan.

Objektif bantuan kertas A4 tersebut adalah bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan dengan lancar. Sumbangan hand sanitizer pula merupakan norma baru dan langkah pencegahan awal pandemik COVID-19 di sekolah. Program ini mendapat kerjasama Pejabat Daerah Kulai, PPD Kulai, PPID Kulai dan sekolah yang terlibat.

Semoga progam bantuan ini diteruskan dan mendapat kerjasama dari semua pihak.

“Keteguhan Ekonomi Membangun Ummah”
“Membangun Swadaya Ummah”

#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor