Penyerahan Bantuan Pesakit Dialisis (Fistula)

Perbadanan Islam Johor meneruskan pemberian bantuan fistula secara terus kepada pesakit-pesakit dialisis iaitu RM1,000.00 bagi mengurangkan beban untuk kos pemasangan fistula bagi daerah Batu Pahat.

Ini adalah rentetan bantuan pemasangan fistula bagi daerah Muar sebelum ini.
InsyaAllah, PIJ akan tetap meneruskan usaha-usaha dalam membantu ummah khususnya di Negeri Johor ini.