Sekalung Tahniah & Selamat Datang

SEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG
Sekalung Tahniah diucapkan kepada Encik Khirul Nizam Bin Mat Said di atas pelantikan sebagai Timbalan Pengurus Besar,Perbadanan Islam Johor yang baru.
Semoga PIJ terus berkembang maju di masa akan datang.
Tulus Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja PIJ.

Terima kasih dan Selamat Maju Jaya

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Abdul Azim Bin Haji Shamsuddin di atas khidmat bakti sebagai Timbalan Pengurus Besar, Perbadanan Islam Johor.
Semoga dipermudahkan dalam semua urusan dan tahniah di atas perlantikan sebagai Pentadbir Tanah Batu Pahat yang baru.
Tulus Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja PIJ.

Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR
5 Jan, Iskandar Puteri – Perbadanan Islam Johor menyokong dan turut menyumbang dalam usaha yang digerakkan oleh Southern Volunteers dalam membantu mangsa-mangsa banjir.
Sumbangan disampaikan oleh Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed kepada YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia & Sukan Negeri Johor yang turut disaksikan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga mangsa-mangsa banjir terus tabah dalam menghadapi dugaan ini.
Terima kasih kepada semua terutamanya Southern Volunteers yang berganding bahu, menyumbang masa dan tenaga bagi menjayakan misi bantuan ini. Semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya. Insyaallah

Takziah Mangsa Banjir Seluruh Negara

Salam Takziah

Semoga keadaan segera pulih dan kembali kepada sediakala. Semoga semua mangsa-mangsa banjir diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian bencana ini. InsyaAllah.

“Ya Allah berikan kami pahala dalam musibah kami dan gantikanlah dengan yang lebih baik darinya”

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor

Lawatan rumah sembelihan sementara YPJ Ladang Alaf

Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan anak syarikat, PIJ Holding Sdn Bhd (PIJH) telah mengadakan lawatan ke rumah sembelihan sementara milik YPJ di Kota Tinggi. Delegasi PIJ diketuai oleh Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ, manakala delegasi PIJH diketuai oleh Tuan Haji Abdul ‘Alim bin Abd Shukor.

Selaras dengan Pelan Strategik PIJ 2021-2025, sasaran dalam memperkukuh sumber pendapatan PIJ adalah dengan pembangunan aktiviti penternakan berskala besar seperti penternakan lembu atau ayam. Sehubungan itu, fokus utama lawatan ini bertujuan untuk meninjau potensi rumah penyembelihan serta mempelajari prosedur dalam pemprosesan haiwan ternakan.

Semoga lawatan ini dapat memberikan input positif dalam pengurusan rumah sembelihan yang mematuhi syarak, selamat dan halal bagi manfaat masyarakat Islam di Johor khususnya pada masa akan datang dan perancangan pelan strategik PIJ tercapai.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Salam Maulidur Rasul 1443H

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”

[HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Salam Maulidur Rasul kepada semua Umat Islam. Perbanyakkan selawat dalam kehidupan seharian bagi menunjukkan kecintaan kita pada Nabi Muhammad S.A.W.

Lawatan ke Ladang Kambau dan Sedili Kota Tinggi

Pada 5.10.2021 PIJ telah membuat lawatan ke ladang Kambau dan Sedili di Kota Tinggi bersama-sama dengan Tuan Haji Muzaldin bin Hj Mohamed – Pengurus Besar PIJ, Tuan Haji Abdul ‘Alim bin Abdul Shukor – Pengarah Urusan PIJ Holdings, En. Abdul Azim bin Shamsuddin – Timbalan Pengurus Besar PIJ serta Pegawai dan Kakitangan PIJ dan PIJ Holdings.

Lawatan ke Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor

Pada 6 dan 7 September.2021, Pengurus Besar PIJ Tuan Haji Muzaldin bin Hj Mohamed dan En. Abdul Azim bin Shamsuddin serta Ketua Pegawai Eksekutif IASB Tuan Haji Fuad bin  Ismail telah mengadakan lawatan ke Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor di Ayer Hitam Kluang, Taman Rinting Pasir Gudang, serta Pusat Dialisis PIJ yang akan dibuka di Senggarang, Batu Pahat dan Taman Eco Perniagaan di Taman Kota Masai Psair Gudang.

Sekalung Tahniah dan Selamat Datang

SEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Muzaldin Bin Mohamed di atas pelantikan sebagai Pengurus Besar,Perbadanan Islam Johor yang baru.

Semoga PIJ terus berkembang maju di masa akan datang.

Tulus Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja PIJ.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya

TERIMA KASIH & SELAMAT MAJU JAYA

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abdul ‘Alim Bin Abd. Shukor di atas khidmat bakti sebagai Pengurus Besar, Perbadanan Islam Johor.

Semoga dipermudahkan dalam semua urusan dan tahniah di atas perlantikan sebagai Pengarah Urusan PIJ Holdings yang baru.

Tulus Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja PIJ.

#JasamuDikenang
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor