Program Skuad Bantuan Bermotor PIJ

Perbadanan Islam Johor melancarkan satu lagi insiatif iaitu Skuad Bantuan Bermotor PIJ pada 26 November 2020.

Tujuan Skuad Bantuan Bermotor PIJ ini diwujudkan adalah sebagai salah satu kaedah ‘turun padang’ serta menyampaikan sumbangan terus kepada golongan sasaran.

Sebagai langkah permulaan, lima penerima sumbangan terpilih telah dikunjungi bagi menyerahkan sendiri sumbangan tersebut. Program ini diketuai oleh En Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Timbalan Pengurus Besar PIJ dan
Tn Hj Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan PIJ yang juga merupakan pencetus idea Skuad Bantuan Bermotor PIJ.

Usaha murni ini tidak akan terhenti dan akan diteruskan ke daerah-daerah lain di seluruh Negeri Johor.