FARDU BAGI UMAT ISLAM MENCARI MAKANAN HALAL

Tangkak – 15 Feb, Bagi seluruh umat Islam, adalah menjadi satu kefarduan dalam mencari makanan halal. Bagi pengemar kek ikan (fish cake) dan bebola ikan (fish ball) adalah sukar mendapatkan produk yang diusahakan oleh Bumiputra Islam.
.
Aini Pinky Food adalah pengeluar makanan sejuk beku dan memproses makanan berasaskan ikan dari Tangkak, Johor. Melihatkan potensi besar terhadap permintaan produk ini, Perbadanan Islam Johor telah terpanggil untuk memberi sokongan.
.
Bagi membantu perkembangan perniagaan Aini Pinky Food, PIJ berbesar hati menyumbang bantuan peralatan bagi meringankan kos pembelian peralatan dan mesin pemprosesan.
.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor, Tuan Haji Abdul ‘Alim bin Abdul Shukor serta diiringi oleh Pengurus Pembangunan Kanan, Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal.
.
Aini Pinky Food turut menerima sebarang tempahan bagi majlis dan sebagainya. Tempahan boleh terus berhubung dengan Puan Aini di talian +60 13-680 5167 atau laman sesawang https://ainipinkyfood.business.site/.
.
Bersama sama kita terus menyokong dan membantu merancakkan ekonomi khususnya umat Islam.
.
“Keteguhan Ekonomi Membangun Ummah”
.
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor