MESYUARAT LEMBAGA PENGURUSAN TABUNG WAQAF RAKYAT JOHOR BIL. 2/2024
20 Ogos, JOHOR BAHRU – Mesyuarat Lembaga Pengurusan Tabung Waqaf Rakyat Johor Bil. 2/2024 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat PIJ, Perbadanan Islam Johor (PIJ).
Mesyuarat dipengerusikan oleh Sohibul Samahah Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor. Turut hadir, Timbalan Pengerusi, Dato’ Haji Abd Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ dan ahli-ahli Lembaga Pengurusan TWRJ.
Mesyuarat membincangkan pelbagai perkara termasuk Perkara Berbangkit, Laporan Prestasi Kewangan TWRJ, Belanjawan TWRJ 2025, Pembentangan Kertas Kerja dan Hal-Hal Lain.
Alhamdulillah, mesyuarat berjalan dengan lancar dan Ahli Lembaga Pengurusan mencadangkan agar mempergiat promosi bagi menambah lagi kutipan wakaf TWRJ.
Semoga dipermudahkan segala urusan, dan teruskan berwakaf bersama Tabung Waqaf Rakyat Johor!