KURSUS FUNDAMENTAL OF MICROSOFT ONEDRIVE TAHUN 2024

12 & 13 Ogos, Iskandar Puteri – Kursus “Fundamental of Microsoft OneDrive” telah diadakan selama 2 hari yang bermula pada 12 Ogos sehingga 13 Ogos 2024. Kursus ini telah dihadiri oleh pegawai dan pengkhidmat Perbadanan Islam Johor (PIJ) seramai 32 orang. Encik Ts. Mohd Johari @ Esa bin Ibrahim yang merupakan perunding dari Maulid Minda Sdn. Bhd. telah menjadi penceramah jemputan dalam pelaksanaan kursus ini.
Objektif kursus ini dilaksanakan adalah bagi mengukuhkan ilmu pemahaman tentang cara asas penggunaan Microsoft OneDrive. Selain itu, peserta turut diberi pendedahan yang lebih mendalam bagi memantapkan penggunaan Microsoft OneDrive dalam pengurusan dokumen yang lebih baik.
Kursus ini dapat meningkatkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft OneDrive dengan lebih cekap dan efisien, sekaligus dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja dalam organisasi.