MAJLIS PENYERAHAN 50 UNIT KERUSI RODA KEPADA HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU

14 Ogos, Hospital Sultanah Aminah (HSA JB) – PIJ sebagai sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Johor komited dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat melalui Program Bantuan Amal Jariah.
Melalui program bantuan ini, PIJ telah menyumbangkan 50 unit kerusi roda kepada HSA JB untuk kegunaan pesakit-pesakit. Majlis Penyerahan telah disempurnakn oleh Timbalan Pengurus Besar, En Khirul Nizam Bin Mat Said selaku wakil rasmi Pengurus Besar, YB Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh. HSA JB diwakili oleh Timbalan Pengarah Hospital (Pembedahan), Dr. Redzuan Bin AB Hamid.
Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada rakyat Negeri Johor khususnya pesakit di HSA JB.