Kunjung Hormat Pengurus Besar PIJ ke Pusat Pendermaan Darah, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
Kunjung Hormat Pengurus Besar PIJ ke Pusat Pendermaan Darah, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
04 Jun, JOHOR BAHRU – Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ telah membuat Kunjung Hormat kepada Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) Dr Sharath Chandran A/L Subhas Chandran bertempat di Bilik Mesyuarat, Pusat Pendermaan Darah HSAJB.
Majlis Penyerahan Bantuan Amal Jariah PIJ juga dilaksanakan dan PIJ telah menyumbangkan sejumlah RM8,195.00 kepada Pusat Pendermaan Darah HSAJB melalui Kelab Penderma Darah Negeri Johor.
Bantuan ini disalurkan bagi pembelian peralatan perubatan yang digunakan untuk proses pendermaan darah dimana terdapat peralatan-peralatan yang sedia ada telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.
Turut hadir dalam sesi ini ialah Dr Mohamad Mizan Bin Gusari, Ketua Jabatan Perubatan Transfusi HSAJB
Turut serta Encik Khirul Nizam Bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ.
Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu kemaslahatan / kesejahteraan rakyat khususnya di Negeri Johor.