LAWATAN KE OPAH’Z BAKERY

13 April, Johor Bahru – Opah’z Bakery adalah merupakan salah satu penerima bantuan Program Pengembangan Perniagaan yang diberikan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ). Fokus utama pogram ini diwujudkan adalah bagi membantu golongan usahawan dalam usaha untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diceburi, disamping merancakkan pembangunan sektor keusahawanan di Negeri Johor.

Lawatan oleh Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ ke Opah’z Bakery bertujuan untuk meninjau kilang pembuatan roti dan produk bakery yang dihasilkan. Turut hadir, Encik Khirul Nizam Bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar dan Tuan Haji Azizi Redza Bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan.

PIJ komited bagi meningkatkan usaha bantuan melalui program-program yang dapat dimanfaatkan oleh usahawan di Negeri Johor khususnya usahawan Bumiputera. Diharapkan bantuan yang disalurkan digunakan bagi pengembangan perniagaan yang lebih meluas di masa akan datang.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

BUBUR LAMBUK RAMADHAN KAREEM TWRJ

10 April, Kebun Teh – Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) meneruskan tradisi tahunan dengan mengedarkan bubur lambuk khusus dalam bulan Ramadhan yang mulia ini di Bangunan Kebun Teh Perbadanan Islam Johor.

Uniknya, tahun ini ia turut dilengkapi dengan label dan ‘QR Code’.

Pewakaf yang berhasrat untuk berwakaf boleh terus mengimbas sahaja di QR Code tertera dan akan terus ke portal TWRJ. Semoga lebih ramai berwakaf bersama TWRJ.

Edaran bubur lambuk ini juga memberi peluang antara kakitangan PIJ dan TWRJ beramah mesra serta bertegur sapa bersama penyewa yang turut berkerja di bangunan yang sama.

Dalam bulan Ramadhan, kita amat-amat dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan soleh. Antara amalan soleh yang sangat digalakkan adalah memberi makan kepada golongan yang berbuka puasa.

#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MENTERI BESAR JOHOR KE-19

5 April, ISKANDAR PUTERI – Perbadanan Islam Johor (PIJ) yang diketuai oleh Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ telah mengadakan pertemuan rasmi buat pertama kalinya bersama YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor yang ke-19.

Pertemuan ini berlangsung selama lebih sejam dengan fokus utama bagi menjelaskan peranan dan objektif penubuhan Perbadanan Islam Johor serta Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ). YAB Menteri Besar Johor turut menzahirkan rasa amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan PIJ dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat khususnya di Negeri Johor.

Jelas, tanpa protokol rasmi serta bersahaja, YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi amat mudah didekati dan seorang yang peramah. Ciri-ciri kepimpinan yang diwarisi oleh moyang beliau, iaitu Allahyarham Datuk Onn bin Jaafar yang merupakan Menteri Besar Johor yang pertama kelihatan dari wajahnya yang sering melontarkan pendapat bagi pembangunan Negeri Johor.

Terima kasih kepada YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, atas kesudian menerima kunjungan hormat dari Perbadanan Islam Johor. Bersama kita bekerjasama untuk terus berkhidmat dan memberi manfaat kepada semua terutamanya rakyat Negeri Johor ini. Insya-Allah.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor

KUNJUNGAN HORMAT OLEH YANG BERHORMAT TUAN MOHD FARED BIN MOHD KHALID, PENGERUSI JAWATANKUASA HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR KE PERBADANAN ISLAM JOHOR

4 Apr, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) merakamkan jutaan terima kasih dan amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Yang Berhormat Tuan Mohd Fared Bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor ke Perbadanan Islam Johor.

Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ terlebih dahulu menyampaikan taklimat bagi menjelaskan peranan dan tanggungjawab serta hala tuju Perbadanan Islam Johor kepada Yang Berhormat.

Yang Berhormat turut berkesempatan untuk membuat lawatan ke Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor yang diuruskan oleh ICMC Healthcare Sdn. Bhd. Lawatan turut disertai oleh Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ, Tuan Haji Mohd Fuad Bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Operasi Insist Amilat Sdn. Bhd. dan Encik Mohd Fuad Bin Mohd Yasin, Pengurus ICMC Healthcare Sdn. Bhd.

Semoga perjumpaan ini sebagai permulaan yang baik dalam usaha bagi pembangunan sosio ekonomi Umat Islam khususnya di Negeri Johor. InsyaAllah.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

LAWATAN KERJA PENGURUS BESAR PERBADANAN ISLAM JOHOR KE PROJEK TAMAN PERBADANAN ISLAM OLEH PIJ PROPERTY DEVELOPMENT SDN. BHD.

28 Mac, Johor Bahru – Projek Taman Perbadanan Islam (TPI) adalah merupakan projek perumahan yang dibangunkan oleh PIJ Property Development Sdn. Bhd. (Syarikat Milik Penuh PIJ Holdings Sdn. Bhd.), bermula sejak tahun 1980an. Projek ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan Bumiputera khususnya di Negeri Johor.

Lawatan kerja oleh Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor diiringi Tuan Haji Atan Bin Ibrahim, Pengarah Eksekutif PIJ Property Development Sdn. Bhd. bertujuan untuk melihat keadaan serta status pembangunan semasa di atas tapak.

Semoga dengan adanya pembangunan projek perumahan seumpama ini dapat merealisasikan impian memiliki rumah dalam kalangan Bumiputera khususnya di Negeri Johor.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

DAULAT TUANKU

“Merafak Sembah Menjunjung Kasih dan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim Sempena Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pada 23 Mac 2022 Bersamaan 20 Syaaban 1443 Hijrah”

Dengan Segala Hormatnya Yang Berdatang Sembah daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan, Warga Kerja Serta Syarikat Dalam Kumpulan.

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN

#sultanjohor
#harikeputeraan
#daulattuanku
#PerbadananIslamJohor

PENYERAHAN SUMBANGAN WANG TUNAI KEPADA MADRASAH TAHFIZ/MAAHAD TAHFIZ

20 Mac, Iskandar Puteri – Inisiatif pelaksanaan pemberian sumbangan wang tunai oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) diteruskan melalui Program Bantuan Johor Sejahtera : Bantuan Pre Ihsan 3.0.

Program ini telah memanfaatkan sebanyak 11 buah Madrasah/Maahad Tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar dan diiringi oleh Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan.

Semoga dengan adanya sumbangan seumpama ini sedikit sebanyak membantu dalam kos pengoperasian Madrasah/Maahad Tahfiz serta melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

#KitaBantuAllahSayang
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor

Ayuh Berwakaf Bersama Tabung Waqaf Rakyat Johor

Hanya scan sahaja kamera telefon bimbit anda atau menggunakan QR Code Reader bagi berwakaf secara dalam talian.

Membangun Swadaya Ummah.

#TabungWaqafRakyatJohor
#PerbadananIslamJohor

Jom Berwakaf Bersama TWRJ!

PROGRAM PENILAIAN DAN KESEDARAN KE ARAH PERSIJILAN HALAL

19 Jan, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) dengan kerjasama SIRIM Berhad buat julung kalinya menganjurkan Program Penilaian dan Kesedaran Ke Arah Persijilan Halal bertempat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.

Program yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 19 dan 20 Januari 2022 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar PIJ, Encik Khirul Nizam bin Mat Said.

Program yang ditaja sepenuhnya oleh PIJ dengan kerjasama SIRIM Berhad sebagai pelaksana adalah merupakan salah satu Program Amal Jariah PIJ dalam usaha bagi membangunkan sektor keusahawanan berasaskan syariah di Negeri Johor.

Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam berkaitan skop persijilan Halal.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor

Majlis Amanat Pengurus Besar PIJ & Sanjungan Budi Timbalan Pengurus Besar PIJ

Pada 6 Januari 2022 PIJ telah mengadakan majlis amanat Pengurus Besar PIJ untuk tahun 2022 dan majlis sanjungan budi Timbalan Pengurus Besar PIJ di Hotel Trove Johor Bahru.

Majlis ini telah dihadiri oleh Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed Pengurus Besar PIJ , En.Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Pegawai-pegawai Kanan PIJ, Kakitangan PIJ, IASB dan ICMC.