Sumbangan Tabung Bencana Johor – Covid-19

Pada 25 Mac 2020 PIJ telah menyerahkan sumbangan untuk Tabung Bencana Negeri Johor – COVID-19 sebanyak RM200,000 kepada Menteri Besar Johor yang diserahkan oleh Y.B Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor dan Tuan Haji Abdul ‘Alim bin Abd Shukor, Pengurus Besar PIJ di Pejabat Menteri Besar Johor.

 

Lawatan Y.B Exco Agama ke PIJ

Pada 6 Januari 2020, Y.B Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, Exco Agama Negeri Johor telah mengadakan lawatan ke Pejabat Perbadanan Islam Johor dan anak syarikat PIJ Insist Amilat Sdn Bhd di Bangunan PIJ Kebun Teh.

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W PIJ Dan Kumpulan 1441H

Pada 12.12.2019 PIJ dan Kumpulan telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1441H, bertempat di Masjid Jamek Kg. Kurnia. Penceramah undangan adalah Y.Bhg Dato’ Kazim Elias. Ribuan  terima kasih kepada semua kakitangan PIJ dan Kumpulan serta muslimin muslimat yang hadir memeriahkan majlis ini. Berikut gambar kenangan ketika program berlansung.

Riang Ria Aidilfitri PIJ & Kumpulan 2019

Riang-Ria Aidilfitri PIJ & Kumpulan tahun 2019 telah diadakan pada 27.6.2019 bersamaan 23 Syawal 1440H di Sangkar Kristal LC Catering, Taman Pelangi, Johor Bahru. Majlis telah di meriahkan lagi dengan kehadiran Y.A.B Menteri Besar Johor dan tetamu VVIP dan VIP serta kakitangan PIJ dan kumpulan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pengurusan Risiko – ISO 9001:2015

Bengkel Pengurusan Dokumentasi Pengurusan Risiko dan Peluang Berdasarkan Keperluan ISO 9001 : 2015
=================================================================================

Bagi memberi lebih kefahaman berkaitan pengurusan risiko, PIJ telah mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Pengurusan Risiko kepada kakitangan Perbadanan Islam Johor.

Penceramah Jemputan dari CBTC Management House, Tuan Idrus bin Ali memberi penerangan secara terperinci berkaitan pengurusan risiko. Menurutnya, salah satu objektifnya adalah memastikan Organisasi terus dapat bertahan sekurang-kurangnya 100 tahun akan datang.

Semoga Bengkel ini dapat memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.






Pertandingan Bowling 2019

Pada 24.1.2019 KKSPIJ telah mengadakan pertandingan bowling di antara KKSPIJ dan Kelab Sukan PIJ Holdings di Daiman Bowl, Johor Jaya. Pertandingan telah dimenangi oleh PIJ Holdings.

Semoga pertandingan ini dapat mengeratkan silaturahim yang terjalin dan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

Sambutan Maulidurrasul 1440H

Sambutan Maulidurasul 1440H  di Perbadanan Islam Johor dan Kumpulan telah diadakan pada 10.1.2019. Penceramah undangan adalah Tuan Haji Shamsuddin bin Mahdi daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Majlis telah dihadiri oleh Pengurus Besar PIJ, Tuan Haji Abdul Rashid bin A Rahman, kakitangan PIJ, Insist Amilat dan ICMC.

Semoga sambutan Maulidurrasul pada tahun ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat

 

 

Pernamatan Perkhidmatan Tn Haji Said

Pada 19.12.2018 telah diadakan majlis penamatan perkhidmatan Tn Haji Said bin Yahya, Penolong Pegawai Tanah PIJ yang akan menamatkan perkhidmatan beliau di PIJ pada 31.12.2018 setelah berkhidmat selama 11 tahun di PIJ.

Semoga segala jasa, pengalaman dan ilmu pengetahuan yang dicurahkan dapat dimanfaatkan sepanjang berkhidmat di PIJ dan ribuan terima kasih serta didoakan semoga beliau sentiasa di bawah lindungan Allah Taala di dunia dan akhirat. Amin

Majlis Perpisahan Pengurus Besar PIJ

Majlis Perpisahan Pengurus Besar PIJ
===========================

Dengan berat hari kami memaklumkan Pengurus Besar PIJ, Tuan Haji Zulkiflee bin Abbas (berkemeja putih) akan berpindah ke jawatan Pegawai Daerah Batu Pahat berkuatkuasa 1 Julai 2018.

Mula berkhidmat sebagai Pengurus Besar PIJ pada 17 Jan 2017, beliau merupakan seorang yang mesra pekerja, ramah dan tegas dalam menjalankan tugas. Kami dari Perbadanan Islam Johor dan Tabung Waqaf Rakyat Johor mengucapkan selamat maju jaya dan segala tunjuk ajar dari tuan akan senantiasa kami ingati.

Terima kasih Tuan Haji Zulkiflee bin Abbas.

Jamuan Hari Raya PIJ 2018

Jamuan Hari Raya PIJ 2018 telah diadakan pada 27 Jun 2018 bersamaan dengan 13 Syawal 1439H  bertempat di Dewan Perbadanan Islam Johor. Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran kakitangan PIJ serta anak syarikat PIJ IASB dan PIJ Holdings.

Terima kasih kerana memeriahkan majlis tersebut dengannya ukhwah yang terjalin dapat memeriahkan lagi sambutan Hari Raya pada tahun ini.

SELAMAT HARI AIDILFITRI  MAAF ZAHIR & BATIN