LAWATAN KE OPAH’Z BAKERY

13 April, Johor Bahru – Opah’z Bakery adalah merupakan salah satu penerima bantuan Program Pengembangan Perniagaan yang diberikan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ). Fokus utama pogram ini diwujudkan adalah bagi membantu golongan usahawan dalam usaha untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diceburi, disamping merancakkan pembangunan sektor keusahawanan di Negeri Johor.

Lawatan oleh Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ ke Opah’z Bakery bertujuan untuk meninjau kilang pembuatan roti dan produk bakery yang dihasilkan. Turut hadir, Encik Khirul Nizam Bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar dan Tuan Haji Azizi Redza Bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan.

PIJ komited bagi meningkatkan usaha bantuan melalui program-program yang dapat dimanfaatkan oleh usahawan di Negeri Johor khususnya usahawan Bumiputera. Diharapkan bantuan yang disalurkan digunakan bagi pengembangan perniagaan yang lebih meluas di masa akan datang.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah