MALAM NISFU SYA’BAN

๐ŸŒ•Malam Nisfu Syaban๐ŸŒ•

๐Ÿ’šMalam Nisfu Sya’ban adalah dari perkataan nisfu yang bermaksud separuh.(Nisf)
Oleh itu,nisfu syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15.

๐Ÿ’šMalam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat.Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Daripada Abu Musa al-Asyโ€™ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูŽูŠูŽุทู‘ูŽู„ูุนู ูููŠ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู†ู‘ูุตู’ูู ู…ูู†ู’ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ููŽูŠูŽุบู’ููุฑู ู„ูุฌูŽู…ููŠุนู ุฎูŽู„ู’ู‚ูู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู„ูู…ูุดู’ุฑููƒู ุฃูŽูˆู’ ู…ูุดูŽุงุญูู†ู

โ€œSesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Syaโ€™ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhanโ€. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380]

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

TAZKIRAH JUMAAT

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ุฑูŽุฌูู„ู‹ุง ูŠูŽุชูŽู‚ูŽู„ู‘ูŽุจู ูููŠ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู ูููŠ ุดูŽุฌูŽุฑูŽุฉู ู‚ูŽุทูŽุนูŽู‡ูŽุง ู…ูู†ู’ ุธูŽู‡ู’ุฑู ุงู„ุทู‘ูŽุฑููŠู‚ู ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ุชูุคู’ุฐููŠ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูŽ

Dari Abi Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda telah bersabda: โ€œAku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam syurga kerana dia telah membuang kayu yang berjuntai dijalan dan kayu tersebut menganggu orang yang laluโ€ (HR Muslim No: 4745) Status: Hadis Sahih

Semoga amal kebaikan dan sumbangan walaupun sedikit memanfaatkan seluruh masyarakat.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

TERIMA KASIH & SELAMAT MAJU JAYA

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed di atas khidmat bakti sebagai Pengurus Besar, Perbadanan Islam Johor.

Semoga dipermudahkan dalam semua urusan dan tahniah di atas pelantikan sebagai Pegawai Daerah Johor Bahru yang baru.

Tulus Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja PIJ.

#JasamuDikenang
#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SIMBOLIK PENYERAHAN SUMBANGAN PERBADANAN ISLAM JOHOR BAGI PROJEK NAIK TARAF SURAU DAN DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN SENIBONG

14 Feb, Johor Bahru โ€“ Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) yang diurus selia oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah dijemput bagi menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Simbolik Penyerahan Sumbangan PIJ bagi Projek Naik Taraf Surau dan Dewan Sekolah Kebangsaan Senibong yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

Program bermula dengan Majlis Khatam Al-Quran oleh 10 orang pelajar SK Senibong yang telah berjaya khatam Al-Quran pada sesi tahun 2022/2023. Guru Besar SK Senibong, Puan Jamilah binti Nain dalam ucapannya memaklumkan bahawa sebelum ini dewan dan surau sekolah berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Namun, dengan adanya sumbangan dari pihak TWRJ sebanyak RM40,000.00, dewan dan surau tersebut lebih selesa untuk digunakan semula.

Yang Berhormat Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid turut menyampaikan rasa bangga dengan komitmen warga SK Senibong dalam memberikan ruang dan persekitaran yang selesa untuk anak-anak menjalani sesi pembelajaran di sekolah. Selain itu, Yang Berhormat Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid juga mengajak agar guru-guru turut menyumbang di TWRJ supaya lebih banyak sekolah dapat dibantu menerusi sumbangan TWRJ.

Turut hadir, Encik Khirul Nizam bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ selaku wakil rasmi Pengurus Besar. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi manfaat dan keselesaan kepada warga SK Senibong dan ganjaran akhirat bagi para pewakaf. InsyaAllah.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

KERJASAMA TWRJ BERSAMA ICT@Johor DALAM SISTEM JOHORPAY

10 Jan, Iskandar Puteri – Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) telah mengadakan perjumpaan bersama pihak ICT Negeri Johor yang diketuai oleh Encik Khirul Nizam bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ dan pihak ICT Johor telah diwakili oleh Encik Anwar Zamil Malham, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) ICT@Johor.

Perbincangan yang diadakan adalah berkaitan penglibatan TWRJ dalam sistem JohorPay dan bentuk kerjasama antara kedua-dua jabatan. Satu mesyuarat susulan akan diadakan pada awal bulan Februari 2023 bagi memuktamadkan usahasama antara kedua-dua pihak.

Untuk makluman, PIJ melalui TWRJ adalah merupakan Badan Berkanun Pertama di Negeri Johor ini yang akan bekerjasama bersama ICT@Johor untuk JohorPay ini.

Semoga usaha ini memberikan kemudahan dan keselesaan kepada para pewakaf untuk berwakaf dalam pelbagai medium. InsyaAllah

Sila layari laman
https://youtu.be/Ej49JEUgjFs untuk info lanjut berkaitan JohorPay.

#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#PerbadananIslanJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#JohorPay
#MudahkanGayaHidupAnda

KERJASAMA TWRJ BERSAMA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP) BAGI PROGRAM PROMOSI TWRJ

9 Jan, Iskandar Puteri – Perbadanan Islam Johor (PIJ) melalui Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) telah mengadakan perjumpaan bersama pihak MBIP yang diwakili oleh Puan
Hajjah Khasanah binti Sufa’at @ Supaat, Timbalan Datuk Bandar MBIP dan PIJ diketuai oleh Encik Khirul Nizam bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ.

Perbincangan melibatkan cadangan promosi TWRJ dengan meletakkan โ€˜stickerโ€™ QR Code TWRJ di seluruh tempat strategik dalam kawasan MBIP seperti medan selera, dewan, pusat tumpuan awam dan sebagainya.

Tindakan susulan akan dibuat oleh TWRJ dan MBIP pada masa akan datang bagi merealisasikan pelaksanaannya.

Teruskan berwakaf bersama TWRJ dan mengumpul saham akhirat sebanyak mungkin agar lebih banyak pembangunan dapat dijalankan, InsyaAllah
.
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR PERBADANAN ISLAM JOHOR (PIJ) KE AZ MARINE CENTER

04 Jan, Muar – Kunjungan hormat oleh Pengurus Besar, Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed ke AZ Marine Center bertempat di Muar, Johor bagi mendapatkan penerangan khusus dan lebih jelas berkaitan fungsi dan jenis-jenis bot menyelamat yang digunakan oleh anggota Keselamatan / agensi penyelamat di Malaysia.

Taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh Encik Md Zaidi bin Khamis, Pengurus AZ Marine Center. Objektif utama adalah bagi mengenalpasti bot yang bersesuaian untuk digunakan oleh anggota keselamatan / agensi penyelamat dalam misi bantuan kepada masyarakat.

PIJ sentiasa komited dalam membantu rakyat khususnya di Negeri Johor yang ditimpa musibah banjir melalui Program Bantuan Bencana Alam / Kecemasan.

Semoga lebih banyak program-program bantuan yang dapat disalurkan kepada masyarakat khususnya di Negeri Johor pada masa akan datang.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR PERBADANAN ISLAM JOHOR (PIJ) KE MAKTAB SULTAN ABU BAKAR (EC)

03 Jan, Johor Bahru – Kunjungan hormat dan lawatan oleh Pengurus Besar, Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed ke Maktab Sultan Abu Bakar (EC) bagi mengenalpasti usaha-usaha yang dapat dilaksanakan bagi membantu memenuhi keperluan pelajar pendidikan khas.

Taklimat dan penerangan khusus berkaitan pendidikan khas dengan objektif memberi penerangan yang lebih jelas dan keperluan-keperluan yang boleh dibantu dalam melancarkan proses pembelajaran pendidikan khas telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shakir bin Jaafar, Pengetua EC.

Diharapkan usaha-usaha seumpama ini dapat membantu pelajar pendidikan khas agar seiring dengan kejayaan pelajar arus perdana dalam Negeri Johor.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)

7 Dis, Putrajaya โ€“ Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) melalui Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah berkunjung ke Pejabat Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi membincangkan permohonan pengecualian cukai bagi TWRJ di bawah sub-seksyen 44(11D) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Usaha ini digerakkan bagi membolehkan sebarang sumbangan pewakaf kepada TWRJ diberi kelulusan pengecualian cukai pendapatan. Buat masa ini, TWRJ masih belum memperolehi kelulusan tersebut kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi dan masih belum dapat diselesaikan.

Perbincangan yang berlangsung hampir dua jam mengisarkan peranan dan pengenalan kepada MOF berkenaan TWRJ dan PIJ. Satu perbincangan antara MOF dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka akan dilaksanakan pada awal Bulan Januari Tahun 2023 bagi membincangkan lebih lanjut permohonan TWRJ.

Semoga segala usaha ini membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada semua pewakaf yang berwakaf di TWRJ. Teruskan berwakaf bersama TWRJ!
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor

KURSUS PIAWAIAN PERAKAUNAN SEKTOR AWAM MALAYSIA (MPSAS) โ€“ SIRI 1

18 & 19 Dis, Johor Bahru โ€“ Kursus Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) โ€“ Siri 1 telah dianjurkan bertempat di Holiday Villa, Johor Bahru yang melibatkan seramai 16 pengkhidmat PIJ dan turut dihadiri oleh PIJ Holdings Sdn. Bhd. serta Insist Amilat Sdn. Bhd. seramai 14 orang.

Objektif penganjuran kursus ini adalah sebagaimana berikut:
1. Memberi pendedahan dan pemahaman berkaitan perkembangan piawaian perakaunan terkini.
2. Memahami keperluan perakaunan akruan berdasarkan piawaian MPSAS berkaitan dengan pengukuran, pengiktirafan, pembentangan aset, liabiliti dan hasil serta belanja sektor awam dalam penyata kewangan.
3. Mengenalpasti kesan MPSAS terhadap polisi, proses dan prosedur-prosedur kewangan dan operasi PIJ serta persembahan dalam Laporan Kewangan.

Bagi Siri 1 ini, topik yang diberi penerangan adalah berkaitan MPSAS 1, MPSAS 2, MPSAS 16, MPSAS 17, MPSAS 23, MPSAS 24, MPSAS 26 DAN MPSAS 31. Manakala Siri 2 bagi Kursus Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) dijangka akan dilaksanakan pada Bulan Januari Tahun 2023.

Diharapkan dengan penganjuran kursus ini dapat membantu memberi penerangan yang lebih jelas dalam penyediaan Penyata Kewangan menggunakan Format Piawaian Perakaunan yang baru iaitu MPSAS.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah