LAWATAN TAJAAN PROGRAM INTERVENSI TAHFIZ SPM 2023 BAGI SMK BEKOK

9 Ogos, Segamat – Setelah SMK Simpang Renggam dan SMK Benut, kini Perbadanan Islam Johor (PIJ) melalui Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) telah melawat sebuah lagi sekolah yang menjalankan Program Intervensi Tahfiz SPM 2023.
SMK Bekok adalah merupakan sekolah perintis yang memulakan program ini sejak tahun 2017. TWRJ mula menaja sekolah tersebut bermula pada tahun 2020.
Pengurus Besar PIJ, Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh sempat memberikan kata-kata semangat kepada peserta program ini, disamping mendengar taklimat dari SMK Bekok berkenaan perjalanan program tersebut.
PIJ juga menjemput sekiranya terdapat mana mana sekolah atau agensi yang ingin menjalankan program seperti ini sangat dialu-alukan dan boleh membuat permohonan tajaan daripada PIJ.