PENYERAHAN SUMBANGAN WAKAF VAN JENAZAH OLEH TABUNG WAQAF RAKYAT JOHOR

02 Ogos, Batu Pahat – Perbadanan Islam Johor (PIJ) melalui Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) telah memperuntukkan sejumlah RM435,000.00 bagi sumbangan wakaf 3 unit van jenazah kepada Masjid Jamek Kg Parit Haji Abdul Salam, Mukim 2 Bagan, Batu Pahat, Surat Kampung Bahagia, Mersing dan Masjid Jamek Al-Mustaghfirin, Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
Jumlah sumbangan termasuklah pengubahsuaian kepada van jenazah, urusan puspakom, kelulusan JPJ dan peralatan pengurusan jenazah. Majlis penyerahan sumbangan van jenazah kepada Masjid Jamek Kg Parit Haji Abdul Salam, Mukim 2 Bagan, Batu Pahat, Johor telah disempurnakan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid. Turut hadir, Encik Khirul Nizam bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ.
Sesungguhnya, pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah bagi umat islam. Semoga dengan sumbangan ini akan memanfaatkan ummah dan khairah masjid serta surau terlibat. InsyaAllah