KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN PENGURUS BESAR KE IBU PEJABAT SIRIM BERHAD

22 Oktober, SHAH ALAM – Satu sesi Kunjungan Hormat dan Lawatan oleh delegasi PIJ telah diadakan ke Ibu Pejabat SIRIM Berhad, Shah Alam, Selangor.
Delegasi PIJ yang diketuai oleh Pengurus Besar, Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh telah disambut oleh Pengurus Besar Kanan, Pejabat Wilayah, SIRIM Berhad iaitu Tuan Haji Abd Ghani Bin Abd Rahman.
Melalui lawatan ini, PIJ telah didedahkan mengenai fungsi dan objektif SIRIM, disamping pelbagai kejayaan yang telah ditempa oleh SIRIM menerusi pelbagai bidang meliputi pembuatan produk dan R&D.
Menerusi sesi lawatan ini juga, delegasi PIJ dibawa bagi meninjau Loji Pandu Detergent dimana peserta-peserta tajaan PIJ sedang diberikan latihan bagi menghasilkan pelbagai produk pencuci berasaskan sabun.
Program ini adalah dibawah peruntukan Program Pembangunan Usahawan Detergent PIJ dengan kerjasama SIRIM Berhad, melalui Program Bantuan Amal Jariah PIJ.
Semoga kerjasama strategik ini berjaya menghasilkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing khususnya di Negeri Johor.