PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN TUKANG KASUT PERBADANAN ISLAM JOHOR TAHUN 2024

29 Oktober, JOHOR BAHRU – Majlis Penyerahan Replika Cek bagi Program Pembangunan Usahawan Tukang Kasut PIJ Tahun 2024 telah berlangsung di Bilik Seminar Perdana, PUJB.
Timbalan Pengurus Besar PIJ, Encik Khairul Hafiz Bin Mohamad @ Mazlan telah hadir selaku wakil rasmi Pengurus Besar PIJ manakala pihak PUJB telah diwakili oleh Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Usahawan PUJB, Encik Azizi Noor Fizi Bin Jamion selaku wakil rasmi Pengarah Eksekutif PUJB.
Pada tahun ini, seramai 25 orang peserta telah terpilih untuk menerima bantuan ini dimana setiap peserta bukan sahaja diajar teori berkaitan pemasaran produk dan pengurusan perakaunan yang efisyen, malah setiap peserta juga menerima peralatan / mesin untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada.
Sebagai sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Johor, PIJ komited dalam mengembangkan sektor keusahawanan khususnya di Negeri Johor agar dapat merancakkan ekonomi Negeri Johor secara amnya.
Semoga dengan adanya bantuan seperti ini, lebih banyak usahawan yang berdaya saing pada masa akan datang.
Perbadanan Usahawan Johor
#UsahawanPIJ
#ProgramBantuanAmalJariahPIJ
#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah