PROGRAM BANTUAN PERCETAKAN KITAB AGAMA DAN PENULISAN ILMIAH

15 Oktober, JOHOR BAHRU – Sesi temuramah di antara Pengurus Besar, YB Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh telah berlangsung di Pejabat Pengurus Besar bersama pasukan penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh Yang Berusaha Dr. Harliana binti Halim, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Sosial, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, UTHM.
Sesi temuramah ini adalah untuk mendapatkan pandangan, serta visi dan misi yang akan dijadikan input dalam penghasilan buku sejarah penubuhan PIJ, dari kaca mata Pengurus Besar.
Turut diadakan adalah sesi temuramah diantara pasukan penyelidik UTHM bersama mantan Pengurus Besar, Tn. Haji Muzaldin Bin Mohamed.
Bersekali dengan sesi temuramah tersebut, pihak penyelidik UTHM telah menyerahkan buku bertajuk Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dalam Perkembangan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Johor yang ditaja melalui program bagi tahun 2023.
Semoga dengan terhasilnya buku sejarah penubuhan PIJ ini akan lebih mengharumkan lagi nama PIJ di mata Rakyat Negeri Johor.