MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN DAN BERBUKA PUASA BERSAMA YAB MENTERI BESAR JOHOR

20 April, Johor Bahru- Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan Anak Syarikat Dalam Kumpulan telah melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat yang merupakan rukun Islam keempat yang wajib dilaksanakan.

Zakat perniagaan bagi tahun 2021 berjumlah RM909,709.73 daripada PIJ dan Anak Syarikat Dalam Kumpulan telah disampaikan oleh Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ kepada YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor di Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Zakat daripada Syarikat-Syarikat Swasta dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Johor, Penyerahan Sumbangan dan Bungkusan Raya bersama PDRM, ATM, GGK dan Penyerahan Dividen Felcra bertempat di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Johor.

Semoga dengan menunaikan zakat ini, secara tidak langsung membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi Umat Islam khususnya di Negeri Johor disamping memperoleh keberkatan di dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh PIJ dan Anak Syarikat Dalam Kumpulan.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BAG SEKOLAH

16 April, Kluang – Perbadanan Islam Johor (PIJ) semakin aktif dalam usaha pemberian sumbangan melalui Program Bantuan Amal Jariah PIJ dengan menyumbang sebanyak 500 buah bag sekolah kepada anak-anak asnaf di seluruh Negeri Johor. Bantuan ini telah disampaikan bertempat di Dewan Ibu’Ku Alimah, Kluang dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Negeri Johor.

Majlis Penyampaian Sumbangan Bag Sekolah ini telah disempurnakan oleh Gerakan Belia 4B Negeri Johor yang dihadiri oleh Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Tuan Haji Md Salleheen Mohamad, selaku wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor. Manakala PIJ dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar, Encik Khirul Nizam Bin Mat Said selaku wakil rasmi Pengurus Besar PIJ.

Pemberian sumbangan bag sekolah ini sedikit sebanyak tanda keprihatinan kepada asnaf-asnaf di seluruh Negeri Johor dalam membuat persediaan mengikuti sesi pembelajaran di sekolah. Semoga sumbangan ini meringankan beban serta menaikkan semangat belajar sehingga dapat memperoleh keputusan yang cemerlang di masa akan datang.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

PENYERAHAN BANTUAN DIALISIS / PERUBATAN

13 April, Johor Bahru – Program Bantuan Dialisis / Perubatan diteruskan lagi pada tahun ini oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) dalam usaha meringankan beban kewangan pesakit-pesakit dialisis khususnya di Negeri Johor.

Penyerahan bantuan ini yang bertempat di Bangunan MAINJ URUS SDN. BHD. telah disampaikan oleh Pengurus Besar PIJ, Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed. Turut hadir, Pengurus Besar MAINJ URUS SDN. BHD., Puan Andek Nurraha Binti Bachok.

Semoga dengan adanya bantuan seumpama ini dapat memanfaatkan serta sedikit sebanyak menaikkan semangat dalam melawan penyakit serta segera sembuh. Insya-Allah

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

LAWATAN KE OPAH’Z BAKERY

13 April, Johor Bahru – Opah’z Bakery adalah merupakan salah satu penerima bantuan Program Pengembangan Perniagaan yang diberikan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ). Fokus utama pogram ini diwujudkan adalah bagi membantu golongan usahawan dalam usaha untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diceburi, disamping merancakkan pembangunan sektor keusahawanan di Negeri Johor.

Lawatan oleh Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ ke Opah’z Bakery bertujuan untuk meninjau kilang pembuatan roti dan produk bakery yang dihasilkan. Turut hadir, Encik Khirul Nizam Bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar dan Tuan Haji Azizi Redza Bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan.

PIJ komited bagi meningkatkan usaha bantuan melalui program-program yang dapat dimanfaatkan oleh usahawan di Negeri Johor khususnya usahawan Bumiputera. Diharapkan bantuan yang disalurkan digunakan bagi pengembangan perniagaan yang lebih meluas di masa akan datang.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

BUBUR LAMBUK RAMADHAN KAREEM TWRJ

10 April, Kebun Teh – Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) meneruskan tradisi tahunan dengan mengedarkan bubur lambuk khusus dalam bulan Ramadhan yang mulia ini di Bangunan Kebun Teh Perbadanan Islam Johor.

Uniknya, tahun ini ia turut dilengkapi dengan label dan ‘QR Code’.

Pewakaf yang berhasrat untuk berwakaf boleh terus mengimbas sahaja di QR Code tertera dan akan terus ke portal TWRJ. Semoga lebih ramai berwakaf bersama TWRJ.

Edaran bubur lambuk ini juga memberi peluang antara kakitangan PIJ dan TWRJ beramah mesra serta bertegur sapa bersama penyewa yang turut berkerja di bangunan yang sama.

Dalam bulan Ramadhan, kita amat-amat dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan soleh. Antara amalan soleh yang sangat digalakkan adalah memberi makan kepada golongan yang berbuka puasa.

#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MENTERI BESAR JOHOR KE-19

5 April, ISKANDAR PUTERI – Perbadanan Islam Johor (PIJ) yang diketuai oleh Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ telah mengadakan pertemuan rasmi buat pertama kalinya bersama YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor yang ke-19.

Pertemuan ini berlangsung selama lebih sejam dengan fokus utama bagi menjelaskan peranan dan objektif penubuhan Perbadanan Islam Johor serta Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ). YAB Menteri Besar Johor turut menzahirkan rasa amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan PIJ dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat khususnya di Negeri Johor.

Jelas, tanpa protokol rasmi serta bersahaja, YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi amat mudah didekati dan seorang yang peramah. Ciri-ciri kepimpinan yang diwarisi oleh moyang beliau, iaitu Allahyarham Datuk Onn bin Jaafar yang merupakan Menteri Besar Johor yang pertama kelihatan dari wajahnya yang sering melontarkan pendapat bagi pembangunan Negeri Johor.

Terima kasih kepada YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, atas kesudian menerima kunjungan hormat dari Perbadanan Islam Johor. Bersama kita bekerjasama untuk terus berkhidmat dan memberi manfaat kepada semua terutamanya rakyat Negeri Johor ini. Insya-Allah.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor

KUNJUNGAN HORMAT OLEH YANG BERHORMAT TUAN MOHD FARED BIN MOHD KHALID, PENGERUSI JAWATANKUASA HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR KE PERBADANAN ISLAM JOHOR

4 Apr, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) merakamkan jutaan terima kasih dan amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Yang Berhormat Tuan Mohd Fared Bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor ke Perbadanan Islam Johor.

Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ terlebih dahulu menyampaikan taklimat bagi menjelaskan peranan dan tanggungjawab serta hala tuju Perbadanan Islam Johor kepada Yang Berhormat.

Yang Berhormat turut berkesempatan untuk membuat lawatan ke Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor yang diuruskan oleh ICMC Healthcare Sdn. Bhd. Lawatan turut disertai oleh Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ, Tuan Haji Mohd Fuad Bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Operasi Insist Amilat Sdn. Bhd. dan Encik Mohd Fuad Bin Mohd Yasin, Pengurus ICMC Healthcare Sdn. Bhd.

Semoga perjumpaan ini sebagai permulaan yang baik dalam usaha bagi pembangunan sosio ekonomi Umat Islam khususnya di Negeri Johor. InsyaAllah.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor

LAWATAN KERJA PENGURUS BESAR PERBADANAN ISLAM JOHOR KE PROJEK TAMAN PERBADANAN ISLAM OLEH PIJ PROPERTY DEVELOPMENT SDN. BHD.

28 Mac, Johor Bahru – Projek Taman Perbadanan Islam (TPI) adalah merupakan projek perumahan yang dibangunkan oleh PIJ Property Development Sdn. Bhd. (Syarikat Milik Penuh PIJ Holdings Sdn. Bhd.), bermula sejak tahun 1980an. Projek ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan Bumiputera khususnya di Negeri Johor.

Lawatan kerja oleh Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor diiringi Tuan Haji Atan Bin Ibrahim, Pengarah Eksekutif PIJ Property Development Sdn. Bhd. bertujuan untuk melihat keadaan serta status pembangunan semasa di atas tapak.

Semoga dengan adanya pembangunan projek perumahan seumpama ini dapat merealisasikan impian memiliki rumah dalam kalangan Bumiputera khususnya di Negeri Johor.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor