MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BAG SEKOLAH

16 April, Kluang – Perbadanan Islam Johor (PIJ) semakin aktif dalam usaha pemberian sumbangan melalui Program Bantuan Amal Jariah PIJ dengan menyumbang sebanyak 500 buah bag sekolah kepada anak-anak asnaf di seluruh Negeri Johor. Bantuan ini telah disampaikan bertempat di Dewan Ibu’Ku Alimah, Kluang dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Negeri Johor.

Majlis Penyampaian Sumbangan Bag Sekolah ini telah disempurnakan oleh Gerakan Belia 4B Negeri Johor yang dihadiri oleh Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Tuan Haji Md Salleheen Mohamad, selaku wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor. Manakala PIJ dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar, Encik Khirul Nizam Bin Mat Said selaku wakil rasmi Pengurus Besar PIJ.

Pemberian sumbangan bag sekolah ini sedikit sebanyak tanda keprihatinan kepada asnaf-asnaf di seluruh Negeri Johor dalam membuat persediaan mengikuti sesi pembelajaran di sekolah. Semoga sumbangan ini meringankan beban serta menaikkan semangat belajar sehingga dapat memperoleh keputusan yang cemerlang di masa akan datang.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

PENYERAHAN BANTUAN DIALISIS / PERUBATAN

13 April, Johor Bahru – Program Bantuan Dialisis / Perubatan diteruskan lagi pada tahun ini oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) dalam usaha meringankan beban kewangan pesakit-pesakit dialisis khususnya di Negeri Johor.

Penyerahan bantuan ini yang bertempat di Bangunan MAINJ URUS SDN. BHD. telah disampaikan oleh Pengurus Besar PIJ, Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed. Turut hadir, Pengurus Besar MAINJ URUS SDN. BHD., Puan Andek Nurraha Binti Bachok.

Semoga dengan adanya bantuan seumpama ini dapat memanfaatkan serta sedikit sebanyak menaikkan semangat dalam melawan penyakit serta segera sembuh. Insya-Allah

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah