MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BAG SEKOLAH

16 April, Kluang – Perbadanan Islam Johor (PIJ) semakin aktif dalam usaha pemberian sumbangan melalui Program Bantuan Amal Jariah PIJ dengan menyumbang sebanyak 500 buah bag sekolah kepada anak-anak asnaf di seluruh Negeri Johor. Bantuan ini telah disampaikan bertempat di Dewan Ibu’Ku Alimah, Kluang dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Negeri Johor.

Majlis Penyampaian Sumbangan Bag Sekolah ini telah disempurnakan oleh Gerakan Belia 4B Negeri Johor yang dihadiri oleh Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Tuan Haji Md Salleheen Mohamad, selaku wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor. Manakala PIJ dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar, Encik Khirul Nizam Bin Mat Said selaku wakil rasmi Pengurus Besar PIJ.

Pemberian sumbangan bag sekolah ini sedikit sebanyak tanda keprihatinan kepada asnaf-asnaf di seluruh Negeri Johor dalam membuat persediaan mengikuti sesi pembelajaran di sekolah. Semoga sumbangan ini meringankan beban serta menaikkan semangat belajar sehingga dapat memperoleh keputusan yang cemerlang di masa akan datang.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah