KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MENTERI BESAR JOHOR KE-19

5 April, ISKANDAR PUTERI – Perbadanan Islam Johor (PIJ) yang diketuai oleh Tuan Haji Muzaldin Bin Haji Mohamed, Pengurus Besar PIJ telah mengadakan pertemuan rasmi buat pertama kalinya bersama YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor yang ke-19.

Pertemuan ini berlangsung selama lebih sejam dengan fokus utama bagi menjelaskan peranan dan objektif penubuhan Perbadanan Islam Johor serta Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ). YAB Menteri Besar Johor turut menzahirkan rasa amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan PIJ dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat khususnya di Negeri Johor.

Jelas, tanpa protokol rasmi serta bersahaja, YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi amat mudah didekati dan seorang yang peramah. Ciri-ciri kepimpinan yang diwarisi oleh moyang beliau, iaitu Allahyarham Datuk Onn bin Jaafar yang merupakan Menteri Besar Johor yang pertama kelihatan dari wajahnya yang sering melontarkan pendapat bagi pembangunan Negeri Johor.

Terima kasih kepada YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, atas kesudian menerima kunjungan hormat dari Perbadanan Islam Johor. Bersama kita bekerjasama untuk terus berkhidmat dan memberi manfaat kepada semua terutamanya rakyat Negeri Johor ini. Insya-Allah.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor