Sumbangan Air Hijrah dan Kitab Selawat Nabi & Himpunan Doa Pilihan

6 Julai, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) menyumbang lebih 1,008 botol Air Hijrah dan 30 naskhah Kitab Selawat Nabi dan Himpunan Doa-Doa Pilihan kepada Pejabat Sekretariat KPIBKS Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB) di Jalan Glendening, Johor Bahru.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan PIJ kepada Y.Bhg Datuk Hj Yahya bin Jaafar, Ahli Majlis Zon Bandar Baru Uda, Majlis Bandaraya Johor Bahru selaku Focal Person Kumpulan Penggerak Ibubapa Komuniti (KPIBKS) Kebangsaan & Negeri Johor.

Turut hadir sama dalam majlis serahan ini adalah Tn Hj Abdul Rahman bin Ngah, Timbalan PPD Perancangan, Encik Suliman bin Kamsur, Timbalan PPD Pengurusan Sekolah, Encik Kamaruzaman bin Abdullah, Penolong PPD Pra Sekolah & Rendah.

Sumbangan ini akan diagihkan kepada sekolah yang disenaraikan oleh pihak PPD JB yang melibatkan keluarga B40. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan manfaat dan mengurangkan sedikit sebanyak beban dalam kita menangani wabak Covid-19 ini.

#kitajagakita
#stayhome
#staysafe
#KitaBantuAllahSayang
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor