KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR PERBADANAN ISLAM JOHOR (PIJ) KE AZ MARINE CENTER

04 Jan, Muar – Kunjungan hormat oleh Pengurus Besar, Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed ke AZ Marine Center bertempat di Muar, Johor bagi mendapatkan penerangan khusus dan lebih jelas berkaitan fungsi dan jenis-jenis bot menyelamat yang digunakan oleh anggota Keselamatan / agensi penyelamat di Malaysia.

Taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh Encik Md Zaidi bin Khamis, Pengurus AZ Marine Center. Objektif utama adalah bagi mengenalpasti bot yang bersesuaian untuk digunakan oleh anggota keselamatan / agensi penyelamat dalam misi bantuan kepada masyarakat.

PIJ sentiasa komited dalam membantu rakyat khususnya di Negeri Johor yang ditimpa musibah banjir melalui Program Bantuan Bencana Alam / Kecemasan.

Semoga lebih banyak program-program bantuan yang dapat disalurkan kepada masyarakat khususnya di Negeri Johor pada masa akan datang.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah