PEMBENTANGAN PELAKSANAAN BANTUAN EKONOMI BERASASKAN SYARIAH KERJASAMA PIJ DAN PIJM

Johor Bahru, 03 Julai –
Perbadanan Islam Johor (PIJ) bersama-sama PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. (PIJM) telah bekerjasama dalam melaksanakan program pemasaran daging sejuk beku halal dalam skala yang besar. Program ini adalah dibawah Program Ekonomi Berasaskan Syariah, Bantuan Amal Jariah PIJ.

Sesi ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ dan pembentangan program telah disampaikan oleh Puan Hajah Rahmah binti Sukhairi, Pengurus PIJM.

Program ini adalah suntikan kepada PIJM dalam bentuk peralatan kelengkapan perniagaan bagi melaksanakan pemasaran daging sejuk beku halal yang lebih luas meliputi pasar raya besar di Malaysia.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor

PEMBENTANGAN PELAKSANAAN BANTUAN KURSUS DAN RANCANGAN PERNIAGAAN KERJASAMA PIJ DAN SIRIM

Johor Bahru, 03 Julai – Perbadanan Islam Johor (PIJ) bersama-sama SIRIM merangka program bantuan khusus untuk usahawan yang berhasrat mendapatkan sijil Halal JAKIM. Program ini adalah dibawah Program Bantuan Kursus Kewangan dan Rancangan Perniagaan, Bantuan Amal Jariah PIJ.

Sesi ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ dan pembentangan program telah disampaikan oleh Puan Nurul Hayat binti Haji Abd Jalal, Timbalan Pengarah SIRIM Johor.

Sesi kursus ini adalah hasil kejayaan dari siri pertama program ini yang telah diadakan julung kalinya pada tahun 2021. Adalah besar hasrat PIJ agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang mempunyi sijil Halal seterusnya memudahkan mereka menembusi pasaran antarabangsa.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN ISLAM JOHOR KE-93

18 Jun, Johor Bahru – PIJ telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Perbadanan Islam Johor yang ke-93 bertempat di Bilik Mesyuarat Insist Amilat Sdn. Bhd., Aras 1, Bangunan PIJ.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, selaku Pengerusi PIJ.

Turut hadir, Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Pengurus Besar PIJ, YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh.
Hadir sama, barisan pengurusan tertinggi Perbadanan Islam Johor (PIJ).

#KeteguhanEknonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

SUMBANGAN AIR HIJRAH BAGI JEMAAH HAJI TAHUN 2023

23 Mei, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) berbesar hati memberikan sumbangan berbentuk Air Hijrah berjumlah 1200 botol bagi Jemaah Haji pada tahun 2023 yang disampaikan oleh Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan sebagai wakil rasmi Pengurus Besar PIJ.

Didoakan semoga semua Jemaah Haji pada tahun ini dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik dan mendapat Haji yang mabrur. InsyaAllah.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

 

AGIHAN SUMBANGAN BUBUR LAMBUK OLEH TWRJ

9 April, Johor Bahru – Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) yang diurus selia oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) tidak ketinggalan meneruskan aktiviti sumbangan bubur lambuk yang menjadi tradisi setiap datangnya bulan Ramadan Al-Mubarak.

Tahun 2023 merupakan tahun keempat sumbangan bubur lambuk ini dilaksanakan oleh TWRJ yang mana jumlah sumbangan bertambah setiap tahun.

Untuk tahun ini, TWRJ mensasarkan lebih 550 bekas bubur lambuk bagi edaran di sekitar Johor Bahru.

Edaran dibuat oleh TWRJ di sekitar TPI Larkin, TPI Datin Halimah dan TPI Stulang Baru. Tidak ketinggalan, edaran kepada anak syarikat PIJ dan kumpulan iaitu PIJ Holdings Sdn. Bhd., Insist Amilat Sdn. Bhd., ICMC Sdn. Bhd. dan PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. Ini juga merupakan salah satu mempromosikan Tabung Waqaf Rakyat Johor kepada masyarakat umum.

InsyaAllah, sumbangan ini akan menjadi program tahunan TWRJ dan PIJ agar lebih ramai dapat menikmati sedikit sumbangan bubur lambuk bagi juadah berbuka puasa.

#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????

LAWATAN PENGURUS BESAR KE PERTIS DAN PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN AMAL JARIAH PIJ

14 Mac, Kuala Lumpur –
PIJ mengorak langkah baru dengan membantu dalam memudahkan sesi pembelajaran dengan menyumbang sebuah mesin percetakan braille kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

PIJ komited dalam membantu golongan kurang upaya bagi mempelajari ilmu Islam dengan lebih mendalam terutamanya dari segi bacaan Al Quran.

Pemberian mesin percetakan braille ini adalah bertujuan membantu pihak PERTIS untuk menambah kapasiti percetakan Al Quran Braille seterusnya dapat meningkatkan mutu pendidikan disamping membantu dalam perkembangan ilmu agama Islam bukan sahaja di Negeri Johor, malah di seluruh negara.

Upacara penyerahan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ kepada Encik Zamzuri bin Abdul Ghani, Pengurus Operasi PERTIS, disaksikan oleh Tuan Haji Zainuddin bin Haji Yahya, Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Persatuan Huffaz Malaysia dan Encik Khirul Nizam Bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ.

Semoga pemberian sumbangan ini memanfaatkan umat Islam dan sedikit sebanyak membantu dalam pengembangan ilmu agama Islam di seluruh negara.

#Pertis
#PersatuanOrangOrangCacatPenglihatanIslamMalaysia
#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

SEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh di atas pelantikan sebagai Pengurus Besar, Perbadanan Islam Johor yang baru.

Semoga PIJ terus berkembang maju di masa akan datang.

Tulus Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja PIJ.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

MALAM NISFU SYA’BAN

🌕Malam Nisfu Syaban🌕

💚Malam Nisfu Sya’ban adalah dari perkataan nisfu yang bermaksud separuh.(Nisf)
Oleh itu,nisfu syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15.

💚Malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat.Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

“Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380]

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

TAZKIRAH JUMAAT

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ

Dari Abi Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Aku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam syurga kerana dia telah membuang kayu yang berjuntai dijalan dan kayu tersebut menganggu orang yang lalu” (HR Muslim No: 4745) Status: Hadis Sahih

Semoga amal kebaikan dan sumbangan walaupun sedikit memanfaatkan seluruh masyarakat.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

TERIMA KASIH & SELAMAT MAJU JAYA

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed di atas khidmat bakti sebagai Pengurus Besar, Perbadanan Islam Johor.

Semoga dipermudahkan dalam semua urusan dan tahniah di atas pelantikan sebagai Pegawai Daerah Johor Bahru yang baru.

Tulus Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja PIJ.

#JasamuDikenang
#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah