Entries by Mohd Jamal B. Roslan

LAWATAN BANTUAN AMAL JARIAH PERBADANAN ISLAM JOHOR (PIJ)

29 April, JOHOR BAHRU – Lawatan ke kediaman Puan Sumita Hani Binti Jelani, ibu kepada Cik Siti Norhidayah Binti Omar, penerima Bantuan Perubatan, Bantuan Amal Jariah PIJ. Perbadanan Islam Johor (PIJ) melalui Bantuan Amal Jariah PIJ, telah menyumbangkan bantuan satu unit kerusi roda kepada Cik Siti Norhidayah Binti Omar yang mengalami masalah kurang upaya mental […]

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1445H

22 April 2024, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) dengan kerjasama Anak Syarikat dan Kumpulan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445H bertempat di Dewan Kencanapuri, Pulai Spring Resort, Johor Bahru, Johor. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PIJ ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, […]

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ Alhamdulillah, takbir 1 Syawal bergema diiringi dengan tasbih dan tahmid, menandakan kesyukuran tanda kemenangan menyempurnakan Rukun Islam yang ketiga. Semoga kita diberikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadan yang penuh maghfirah pada tahun hadapan, InsyaAllah. Di pagi raya kita […]

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERSAMA YAB MENTERI BESAR JOHOR

2 April, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan anak-anak syarikat dalam kumpulan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,315,756.58 kepada Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) bagi tahun 2023. Penyerahan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar PIJ, Encik Khirul Nizam bin Mat Said kepada Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi dalam satu majlis yang […]

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AMAL JARIAH PIJ KEPADA PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM JOHOR (RUMAH BARKAT)

1 April, Johor Bahru – PIJ telah menyumbangkan sebanyak RM10,000.00 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak- Anak Yatim Johor (RUMAH BARKAT) dalam usaha untuk membantu meringankan beban perbelanjaan dan menjaga kebajikan pelajar anak-anak yatim tersebut. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pengurus Besar. Turut hadir adalah Tuan Haji Ahmad bin Abu […]

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AMAL JARIAH PIJ KEPADA POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

31 Mac, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah menyumbangkan sebanyak RM10,000.00 kepada Tabung Kebajikan Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dalam usaha untuk membantu meringankan beban perbelanjaan dan menjaga kebajikan pelajar tersebut selama pengajian mereka di sana. Selain itu, PIJ turut menyumbangkan 42 unit mesin pencetak kepada pelajar terpilih dalam usaha memudahkan urusan pengajian pelajar […]

PROGRAM MAJLIS SUMBANGAN BANTUAN SEMARAK KASIH RAMADAN PERBADANAN ISLAM JOHOR 2024/ 1445H

25 Mac, Kota Tinggi – Perbadanan Islam Johor (PIJ) berbesar hati menyalurkan sumbangan barangan keperluan kepada 116 penerima sumbangan. Program Bantuan Semarak Kasih Ramadan PIJ pada kali ini melibatkan 2 buah daerah iaitu daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi. Bantuan dalam bentuk kotak rezeki sempena Ramadan Al Mubarak adalah merupakan cetusan idea oleh Yang Berhormat […]

MAJLIS PENYERAHAN REPLIKA CEK BANTUAN AMAL JARIAH PIJ ANTARA PIJ DAN PUJB

07 Feb, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Cek Bantuan Amal Jariah PIJ (Bantuan Usahawan Tukang Kasut) kepada 13 usahawan tukang kasut terpilih di seluruh Negeri Johor. Usahasama PIJ dan PUJB telah pun bermula sejak tahun 2015 dimana pelbagai program pengembangan keusahawanan […]

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN AMAL JARIAH PIJ DI MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL KERJAYA, PENDIDIKAN, KEUSAHAWANAN DAN HARI TERBUKA KUIJSI

06 Feb, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah melaksanakan Program Bantuan Amal Jariah di mana program ini adalah dirangka dengan tujuan untuk membantu sosio-ekonomi umat Islam di Negeri Johor. Melalui program ini, PIJ telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Mesin Cetak kepada pelajar-pelajar IPTA kelahiran Negeri Johor. Seramai 650 orang pelajar IPTA telah layak […]