KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR PERBADANAN ISLAM JOHOR (PIJ) KE AZ MARINE CENTER

04 Jan, Muar – Kunjungan hormat oleh Pengurus Besar, Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed ke AZ Marine Center bertempat di Muar, Johor bagi mendapatkan penerangan khusus dan lebih jelas berkaitan fungsi dan jenis-jenis bot menyelamat yang digunakan oleh anggota Keselamatan / agensi penyelamat di Malaysia.

Taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh Encik Md Zaidi bin Khamis, Pengurus AZ Marine Center. Objektif utama adalah bagi mengenalpasti bot yang bersesuaian untuk digunakan oleh anggota keselamatan / agensi penyelamat dalam misi bantuan kepada masyarakat.

PIJ sentiasa komited dalam membantu rakyat khususnya di Negeri Johor yang ditimpa musibah banjir melalui Program Bantuan Bencana Alam / Kecemasan.

Semoga lebih banyak program-program bantuan yang dapat disalurkan kepada masyarakat khususnya di Negeri Johor pada masa akan datang.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR PERBADANAN ISLAM JOHOR (PIJ) KE MAKTAB SULTAN ABU BAKAR (EC)

03 Jan, Johor Bahru – Kunjungan hormat dan lawatan oleh Pengurus Besar, Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed ke Maktab Sultan Abu Bakar (EC) bagi mengenalpasti usaha-usaha yang dapat dilaksanakan bagi membantu memenuhi keperluan pelajar pendidikan khas.

Taklimat dan penerangan khusus berkaitan pendidikan khas dengan objektif memberi penerangan yang lebih jelas dan keperluan-keperluan yang boleh dibantu dalam melancarkan proses pembelajaran pendidikan khas telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shakir bin Jaafar, Pengetua EC.

Diharapkan usaha-usaha seumpama ini dapat membantu pelajar pendidikan khas agar seiring dengan kejayaan pelajar arus perdana dalam Negeri Johor.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah