KERJASAMA TWRJ BERSAMA ICT@Johor DALAM SISTEM JOHORPAY

10 Jan, Iskandar Puteri – Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) telah mengadakan perjumpaan bersama pihak ICT Negeri Johor yang diketuai oleh Encik Khirul Nizam bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ dan pihak ICT Johor telah diwakili oleh Encik Anwar Zamil Malham, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) ICT@Johor.

Perbincangan yang diadakan adalah berkaitan penglibatan TWRJ dalam sistem JohorPay dan bentuk kerjasama antara kedua-dua jabatan. Satu mesyuarat susulan akan diadakan pada awal bulan Februari 2023 bagi memuktamadkan usahasama antara kedua-dua pihak.

Untuk makluman, PIJ melalui TWRJ adalah merupakan Badan Berkanun Pertama di Negeri Johor ini yang akan bekerjasama bersama ICT@Johor untuk JohorPay ini.

Semoga usaha ini memberikan kemudahan dan keselesaan kepada para pewakaf untuk berwakaf dalam pelbagai medium. InsyaAllah

Sila layari laman
https://youtu.be/Ej49JEUgjFs untuk info lanjut berkaitan JohorPay.

#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#PerbadananIslanJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#JohorPay
#MudahkanGayaHidupAnda

KERJASAMA TWRJ BERSAMA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP) BAGI PROGRAM PROMOSI TWRJ

9 Jan, Iskandar Puteri – Perbadanan Islam Johor (PIJ) melalui Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) telah mengadakan perjumpaan bersama pihak MBIP yang diwakili oleh Puan
Hajjah Khasanah binti Sufa’at @ Supaat, Timbalan Datuk Bandar MBIP dan PIJ diketuai oleh Encik Khirul Nizam bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ.

Perbincangan melibatkan cadangan promosi TWRJ dengan meletakkan ‘sticker’ QR Code TWRJ di seluruh tempat strategik dalam kawasan MBIP seperti medan selera, dewan, pusat tumpuan awam dan sebagainya.

Tindakan susulan akan dibuat oleh TWRJ dan MBIP pada masa akan datang bagi merealisasikan pelaksanaannya.

Teruskan berwakaf bersama TWRJ dan mengumpul saham akhirat sebanyak mungkin agar lebih banyak pembangunan dapat dijalankan, InsyaAllah
.
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah