PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)

7 Dis, Putrajaya – Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) melalui Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah berkunjung ke Pejabat Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi membincangkan permohonan pengecualian cukai bagi TWRJ di bawah sub-seksyen 44(11D) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Usaha ini digerakkan bagi membolehkan sebarang sumbangan pewakaf kepada TWRJ diberi kelulusan pengecualian cukai pendapatan. Buat masa ini, TWRJ masih belum memperolehi kelulusan tersebut kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi dan masih belum dapat diselesaikan.

Perbincangan yang berlangsung hampir dua jam mengisarkan peranan dan pengenalan kepada MOF berkenaan TWRJ dan PIJ. Satu perbincangan antara MOF dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka akan dilaksanakan pada awal Bulan Januari Tahun 2023 bagi membincangkan lebih lanjut permohonan TWRJ.

Semoga segala usaha ini membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada semua pewakaf yang berwakaf di TWRJ. Teruskan berwakaf bersama TWRJ!
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor

KURSUS PIAWAIAN PERAKAUNAN SEKTOR AWAM MALAYSIA (MPSAS) – SIRI 1

18 & 19 Dis, Johor Bahru – Kursus Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) – Siri 1 telah dianjurkan bertempat di Holiday Villa, Johor Bahru yang melibatkan seramai 16 pengkhidmat PIJ dan turut dihadiri oleh PIJ Holdings Sdn. Bhd. serta Insist Amilat Sdn. Bhd. seramai 14 orang.

Objektif penganjuran kursus ini adalah sebagaimana berikut:
1. Memberi pendedahan dan pemahaman berkaitan perkembangan piawaian perakaunan terkini.
2. Memahami keperluan perakaunan akruan berdasarkan piawaian MPSAS berkaitan dengan pengukuran, pengiktirafan, pembentangan aset, liabiliti dan hasil serta belanja sektor awam dalam penyata kewangan.
3. Mengenalpasti kesan MPSAS terhadap polisi, proses dan prosedur-prosedur kewangan dan operasi PIJ serta persembahan dalam Laporan Kewangan.

Bagi Siri 1 ini, topik yang diberi penerangan adalah berkaitan MPSAS 1, MPSAS 2, MPSAS 16, MPSAS 17, MPSAS 23, MPSAS 24, MPSAS 26 DAN MPSAS 31. Manakala Siri 2 bagi Kursus Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) dijangka akan dilaksanakan pada Bulan Januari Tahun 2023.

Diharapkan dengan penganjuran kursus ini dapat membantu memberi penerangan yang lebih jelas dalam penyediaan Penyata Kewangan menggunakan Format Piawaian Perakaunan yang baru iaitu MPSAS.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PEMBELIAN NON-COMMUNICABLE DISEASE KIT (NCD-KIT) BAGI PROGRAM SUDUT KESIHATAN KENDIRI (WELLNESS CORNER) NO. SEBUT HARGA : SH BIL. 13/2022

Pelawaan adalah terbuka kepada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam Kod Bidang 050102, 050301, 050302 dan 050303.

Dokumen Sebut Harga boleh di perolehi di Pejabat Perbadanan Islam Johor (PIJ) yang beralamat di T3.1 Bangunan PIJ, Jalan Rebana, Kebun Teh.

Tertakluk terma dan syarat.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

LAWATAN PERBADANAN ISLAM JOHOR (PIJ) KE PREMIS USAHAWAN DI SEKITAR NEGERI JOHOR

5 & 6 Dis – Perbadanan Islam Johor (PIJ) dengan kerjasama SIRIM BERHAD mengambil inisiatif membantu meningkatkan taraf ekonomi usahawan Islam di Negeri Johor melalui Program Bantuan Amal Jariah PIJ dengan pelaksanaan Program Perkhidmatan Latihan dan Perundingan Pensijilan Halal Malaysia Bimbingan ke-2.

Pengurus Besar, Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed bersama-sama Puan Nurul Hayat Binti Abd Jalal, Timbalan Pengarah Sirim Wilayah Selatan telah menyertai Lawatan Bimbingan dan Perundingan Pensijilan Halal ke atas 8 buah premis usahawan di Johor Bahru, Bandar Tenggara, Muar dan Tangkak sebagaimana senarai berikut:

1. Syarikat Anak Bapak Maju Enterprise (Produk Keropok Lekor Sejuk Beku)

2. Syarikat D Kelor House (Produk Moringa Halia/Moringa Kunyit Assam)

3. Syarikat NR Deep Dream Health (Produk Beetroot & Mixed Fruits Juice)

4. Syarikat Lakuda Foods Sdn. Bhd. (Produk Bakeri, Roti Manis, Roti Kaya Cheese, Roti Chicken Floss, Roti Cheese)

5. Syarikat DeRoza Enterprise (Produk Makanan Retord Ready To Eat)

6. Syarikat MZ Spices Industry (Produk Jenis Rempah Masakan)

7. Syarikat Arka Cipta Enterprise (Produk Bawang Goreng Asli dan Sambal Garing Ikan Bilis)

8. Syarikat Epul Bina Tiong Baru Enterprise (Produk Kerepek Pisang Ubi).

Lawatan yang diadakan selama 2 hari ini bertujuan untuk memberi latihan dan khidmat rundingan/bimbingan bagi usahawan yang terpilih bagi membuat persediaan yang sewajarnya untuk pensijilan halal Malaysia MS1500:2009.

Semoga lebih banyak usahawan yang dianugerahkan persijilan halal Malaysia pada masa akan datang.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah