MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2022 & PROGRAM MENYANTUNI PESARA-PESARA PERBADANAN ISLAM JOHOR

21 Ogos, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) buat julung kalinya menganjurkan Majlis APC bersama Program Menyantuni Pesara-Pesara PIJ bertempat di Opero Hotel Southkey, Johor Bahru.
Majlis APC ini adalah merupakan majlis tahunan bagi menghargai komitmen dan prestasi pengkhidmat PIJ yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam kerjaya disamping sebagai motivasi untuk lebih berdaya saing.
Bagi tahun 2022, seramai 3 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Majlis APC ini diserikan lagi dengan kehadiran Pesara-Pesara PIJ, Pn. Hjh. Samiah binti Hj. Abd. Rahim, Pn. Hjh. Rokiah binti Alimunir, Pn. Hjh. Khailiza binti Johari, Pn. Arbainah binti Jumad dan Tn. Hj. Roslan bin Rabun.
Semoga dengan adanya program ini dapat menjalin ukhuwah yang berterusan antara pengkhidmat dan pesara PIJ.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengurus Besar PIJ, Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh. Turut hadir, semua pegawai dan pengkhidmat PIJ yang bersama-sama memeriahkan majlis ini.

PROGRAM JOHOR BERSIH

20 Ogos, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) serta Anak Syarikat Dalam Kumpulan bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar Sungai Melana, Johor Bahru.
Program Johor Bersih ini melibatkan 7 agensi bagi pembersihan 12 Sungai Skudai sepanjang 50km.
PIJ dan Anak Syarikat Dalam Kumpulan telah diamanahkan untuk menjadikan Sg. Melana sebagai sungai angkat dan bertanggungjawab untuk menceriakan semula kawasan sekitar sungai serta melaksanakan kempen program kesedaran bersama penduduk.
Semoga dengan adanya program seumpama ini akan dapat memastikan sungai di Johor Bahru ini terpelihara dan selamat untuk digunakan untuk generasi akan datang.

PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN AMAL JARIAH PIJ

17  Ogos, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) melalui Program Bantuan Amal Jariah telah menyumbangkan satu unit kerusi roda elektrik kepada Danish Ikram Bin Shahrul Nizam.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Khirul Nizam Bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ selaku wakil rasmi Pengurus Besar PIJ.
Semoga dengan pemberian sumbangan ini akan memberi manfaat kepada adik Danish Ikram Bin Shahrul Nizam yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Teknologi Binaan, UiTM Seri Iskandar, Perak.

LAWATAN TAJAAN PROGRAM INTERVENSI TAHFIZ SPM 2023 BAGI SMK BEKOK

9 Ogos, Segamat – Setelah SMK Simpang Renggam dan SMK Benut, kini Perbadanan Islam Johor (PIJ) melalui Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) telah melawat sebuah lagi sekolah yang menjalankan Program Intervensi Tahfiz SPM 2023.
SMK Bekok adalah merupakan sekolah perintis yang memulakan program ini sejak tahun 2017. TWRJ mula menaja sekolah tersebut bermula pada tahun 2020.
Pengurus Besar PIJ, Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh sempat memberikan kata-kata semangat kepada peserta program ini, disamping mendengar taklimat dari SMK Bekok berkenaan perjalanan program tersebut.
PIJ juga menjemput sekiranya terdapat mana mana sekolah atau agensi yang ingin menjalankan program seperti ini sangat dialu-alukan dan boleh membuat permohonan tajaan daripada PIJ.

PROGRAM JOHOR BERSIH

06 Ogos, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) serta Anak Syarikat Dalam Kumpulan bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar Sungai Melana, Johor Bahru.
Program Johor Bersih ini melibatkan 7 agensi bagi pembersihan 12 Sungai Skudai sepanjang 50km.
PIJ dan Anak Syarikat Dalam Kumpulan telah diamanahkan untuk menjadikan Sg. Melana sebagai sungai angkat dan bertanggungjawab untuk menceriakan semula kawasan sekitar sungai serta melaksanakan kempen program kesedaran bersama penduduk.
Semoga dengan adanya program seumpama ini akan dapat memastikan sungai di Johor Bahru ini terpelihara dan selamat untuk digunakan untuk generasi akan datang.

TAKLIMAT PEMBANGUNAN TWRJ DI SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU JOHOR BAHRU (SRAB)

3 Ogos, Johor Bahru – TWRJ terus komited untuk memberikan taklimat pembangunan Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) di seluruh Negeri Johor dan kali ini taklimat telah diadakan di SRAB Johor Bahru.
Taklimat dihadiri lebih 20 orang guru serta warga SRAB Johor Bahru. Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mior Muhammad Hazwan bin Abd Rani, Pengurus TWRJ.
Taklimat ini adalah bagi memberikan pendedahan kewujudan TWRJ serta fungsi dan peranan TWRJ yang diuruskan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ).
Semoga dengan adanya taklimat seumpama ini dapat menarik minat lebih ramai rakyat Johor untuk berwakaf di TWRJ.

PENYERAHAN SUMBANGAN WAKAF VAN JENAZAH OLEH TABUNG WAQAF RAKYAT JOHOR

02 Ogos, Batu Pahat – Perbadanan Islam Johor (PIJ) melalui Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) telah memperuntukkan sejumlah RM435,000.00 bagi sumbangan wakaf 3 unit van jenazah kepada Masjid Jamek Kg Parit Haji Abdul Salam, Mukim 2 Bagan, Batu Pahat, Surat Kampung Bahagia, Mersing dan Masjid Jamek Al-Mustaghfirin, Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
Jumlah sumbangan termasuklah pengubahsuaian kepada van jenazah, urusan puspakom, kelulusan JPJ dan peralatan pengurusan jenazah. Majlis penyerahan sumbangan van jenazah kepada Masjid Jamek Kg Parit Haji Abdul Salam, Mukim 2 Bagan, Batu Pahat, Johor telah disempurnakan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid. Turut hadir, Encik Khirul Nizam bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ.
Sesungguhnya, pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah bagi umat islam. Semoga dengan sumbangan ini akan memanfaatkan ummah dan khairah masjid serta surau terlibat. InsyaAllah

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗗𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗜𝗟. 𝟭 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯

01 Ogos, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan PIJ Bilangan 1 Tahun 2023 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Perbadanan Islam Johor, Aras 3, Bangunan PIJ.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid. Mohd Fared Mohd Khalid
Turut hadir, Ahli-ahli Jawatankuasa dan Pengurus Besar PIJ, YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh.