๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฉ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—™๐—œ๐—ญ ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง

26 Julai, Johor – Perbadanan Islam Johor (PIJ) melalui Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) telah meluluskan tajaan sejumlah RM 25,000.00 bagi Program Intervensi Tahfiz SPM 2023. Terdapat 3 sekolah dijadikan perintis bagi program ini iaitu SMK Bekok, Segamat, SMK Simpang Renggam, Kluang dan SMK Benut, Pontian.
Lawatan tersebut diketuai oleh YB Datoโ€™ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar, PIJ dan diiringi Tuan Haji Azizi Redza Bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan. Program ini yang diasaskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) adalah merupakan program yang membolehkan pelajar tahfiz menduduki peperiksaan SPM yang disasarkan kepada mereka yang berusia 19 tahun ke bawah serta berfokus kepada pelajar sekolah tahfiz atau sekolah pondok.
Sasaran oleh pihak KPM dan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) pada masa akan datang dimana setiap daerah akan diwujudkan sebuah sekolah yang menjalankan program ini agar lebih ramai pelajar tahfiz memperoleh sijil SPM dan mendapat pendidikan yang sewajarnya.
Disamping itu, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) turut mengambil peluang memberi penerangan serta galakan agar lepasan pelajar ini menyambung pelajaran di KUIJSI yang seterusnya membolehkan pelajar menyambung pelajaran di luar Negara seperti di Mesir atau Jordan. InsyaAllah.

PROGRAM JOHOR BERSIH 2023

16 Julai, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) serta Anak Syarikat Dalam Kumpulan meneruskan usaha bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar sungai berhampiran PPR Melana Indah Fasa 1, Taman Perling.

Program Johor Bersih ini dilaksanakan dengan diketuai oleh pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Turut serta YB Dato’ Hj. Abdul Rashid bin Kasman, Ketua WHIP MBIP merangkap Ahli Majlis Zon Perling.

Semoga usaha membersihkan sungai yang berterusan dapat memastikan kebersihan kawasan sekitar sungai sentiasa terpelihara.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor

PROGRAM JOHOR BERSIH 2023

9 Julai, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) serta Anak Syarikat Dalam Kumpulan bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar Sungai Melana, Johor Bahru.

Program Johor Bersih ini melibatkan 7 agensi bagi pembersihan 12 Sungai Skudai sepanjang 50km.

PIJ dan Anak Syarikat Dalam Kumpulan telah diamanahkan untuk menjadikan Sg. Melana sebagai sungai angkat dan bertanggungjawab untuk menceriakan semula kawasan sekitar sungai serta melaksanakan kempen program kesedaran bersama penduduk.

Semoga dengan adanya program seumpama ini akan dapat memastikan sungai di Johor Bahru ini terpelihara dan selamat untuk digunakan untuk generasi akan datang.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor

PEMBENTANGAN PELAKSANAAN BANTUAN PENERBITAN KITAB AGAMA DAN PENULISAN ILMIAH KERJASAMA PIJ DAN UTHM

Johor Bahru, 03 Julai – Perbadanan Islam Johor (PIJ) berkolaborasi dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam penghasilan naskhah berbentuk ilmiah sebagai salah satu cabang dari kegiatan melebarkan syiar Islam di Negeri Johor. Program ini adalh dibawah Program Penerbitan Kitab Agama dan Penulisan Ilmiah, Bantuan Amal Jariah PIJ.

Sesi ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ dan pembentangan telah disampaikan oleh Dr. Harliana binti Halim
Ketua Jabatan (Sains Sosial), Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum UTHM.

Kerjasama ini adalah bertumpu kepada projek penghasilan buku yang boleh diguna pakai sebagai bahan rujukan dimasa depan disamping memberi peluang kepada pihak UTHM dalam mengetengahkan hasil penulisan yang baik untuk diedarkan kepada rakyat Negeri Johor.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor

PEMBENTANGAN PELAKSANAAN BANTUAN EKONOMI BERASASKAN SYARIAH KERJASAMA PIJ DAN PIJM

Johor Bahru, 03 Julai –
Perbadanan Islam Johor (PIJ) bersama-sama PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. (PIJM) telah bekerjasama dalam melaksanakan program pemasaran daging sejuk beku halal dalam skala yang besar. Program ini adalah dibawah Program Ekonomi Berasaskan Syariah, Bantuan Amal Jariah PIJ.

Sesi ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ dan pembentangan program telah disampaikan oleh Puan Hajah Rahmah binti Sukhairi, Pengurus PIJM.

Program ini adalah suntikan kepada PIJM dalam bentuk peralatan kelengkapan perniagaan bagi melaksanakan pemasaran daging sejuk beku halal yang lebih luas meliputi pasar raya besar di Malaysia.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor

PEMBENTANGAN PELAKSANAAN BANTUAN KURSUS DAN RANCANGAN PERNIAGAAN KERJASAMA PIJ DAN SIRIM

Johor Bahru, 03 Julai – Perbadanan Islam Johor (PIJ) bersama-sama SIRIM merangka program bantuan khusus untuk usahawan yang berhasrat mendapatkan sijil Halal JAKIM. Program ini adalah dibawah Program Bantuan Kursus Kewangan dan Rancangan Perniagaan, Bantuan Amal Jariah PIJ.

Sesi ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ dan pembentangan program telah disampaikan oleh Puan Nurul Hayat binti Haji Abd Jalal, Timbalan Pengarah SIRIM Johor.

Sesi kursus ini adalah hasil kejayaan dari siri pertama program ini yang telah diadakan julung kalinya pada tahun 2021. Adalah besar hasrat PIJ agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang mempunyi sijil Halal seterusnya memudahkan mereka menembusi pasaran antarabangsa.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor