Program Skuad Bantuan Bermotor PIJ

Perbadanan Islam Johor melancarkan satu lagi insiatif iaitu Skuad Bantuan Bermotor PIJ pada 26 November 2020.

Tujuan Skuad Bantuan Bermotor PIJ ini diwujudkan adalah sebagai salah satu kaedah ‘turun padang’ serta menyampaikan sumbangan terus kepada golongan sasaran.

Sebagai langkah permulaan, lima penerima sumbangan terpilih telah dikunjungi bagi menyerahkan sendiri sumbangan tersebut. Program ini diketuai oleh En Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Timbalan Pengurus Besar PIJ dan
Tn Hj Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan PIJ yang juga merupakan pencetus idea Skuad Bantuan Bermotor PIJ.

Usaha murni ini tidak akan terhenti dan akan diteruskan ke daerah-daerah lain di seluruh Negeri Johor.

Kunjungan Hormat ke Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan

5 Nov, Kota Bahru- Taklimat Skim Khairat Kifaalah Kerajaan Kelantan kepada Perbadanan Islam Johor (PIJ) oleh Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan YABRS Encik Mohd. Roshdi bin Ismail. Delegasi PIJ di ketuai oleh Pengurus Besar Tuan Haji Abdul ‘Alim bin Abd Shukor, Pengurus Pembangunan Kanan Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal dan Pengurus Insist Amilat Sdn. Bhd. Tuan Haji Fuad bin Ismail.
.
Pertemuan berlangsung berkisar berkenaan Skim Khairat Kifalah Negeri Kelantan dan cara pelaksanaannya selain bertukar pendapat berkaitan Skim Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ) yang dilaksanakan oleh Insist Amilat Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Islam Johor.
.
Sesi perkongsian berjalan dengan lancar dan Perbadanan Islam Johor turut menjemput pihak Pembangunan Negeri Kelantan untuk melawat dan membuat kunjungan balas ke Perbadanan Islam Johor.

Program Sanitasi Bangunan PIJ

Pada 1 November 2020 Perbadanan Islam Johor (PIJ) melaksanakan Program Sanitasi Bangunan PIJ, di Jalan Rebana Kebun Teh.

Program Sanitasi Bangunan PIJ ini dijalankan secara gotong-royong oleh Pegawai dan Pengkhidmat PIJ. Aktiviti ‘clean fogging’, sanitasi tempat-tempat sentuhan umum, dan seluruh tingkat termasuk tandas dan surau yang berada di bangunan PIJ.

Bersama-sama kita untuk terus membantu negara untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Kita jaga kita!