Program Bantuan Amal Jariah PIJ

Pada 24 Disember 2020  sesi penyerahan bantuan berupa 2 unit peti sejuk telah disampaikan oleh Pengurus Besar PIJ, Tuan Hj. Abdul ‘Alim bin Abd Shukor kepada Pertubuhan Pengurusan Sumber Perikanan Kesang di Kampung Kesang, Johor.

Inisiatif penyerahan bantuan ini merupakan bukti komitmen PIJ melestarikan amal jariah dan kebajikan bagi mengurangkan beban kewangan sekaligus menyokong penuh usaha yang dijalankan oleh pihak pertubuhan. Turut hadir, Pengurus Pembangunan Kanan PIJ,Tn Hj Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Kewangan Kanan PIJ, Puan Farahely Binti Adnan.
.
Usaha dan komitmen PIJ membantu kepada yang memerlukan akan dilaksanakan secara berterusan dan tidak akan terhenti demi membangun ekonomi ummah.