MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AMAL JARIAH PERBADANAN ISLAM JOHOR (PIJ)

11 JUN, Johor Bahru – Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Amal Jariah PIJ bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB), Johor Bahru.
PIJ telah menyalurkan sebanyak 160 buah televisyen pintar atau ‘Smart TV’ berukuran 55 inci kepada Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) bagi menyokong sistem digital Pendidikan Islam Digital (J-PID) Albayen bagi tahun 2024.
Majlis disempurnakan lagi dengan penyerahan sumbangan sebanyak 10 buah komputer riba eBrelle 2.0 yang keseluruhannya berjumlah RM199,500.00 kepada MSAB dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth Johor Bahru (SKPK PE) bagi membantu murid berkeperluan khas penglihatan dalam menjalani sesi pendidikan yang lebih baik dan efisyen.
Selain berfungsi untuk menaip dan mengambil nota, eBrelle dapat menstranskripsikan sebarang dokumen digital seperti fail PDF, Microsoft Word, Microsoft Powerpoint dan Text ke dalam kod tulisan Braille secara automatik. Inovasi dari eBrelle dengan pelbagai ciri interaktif dan akses kepada sumber pendidikan yang telah membantu mencipta persekitaran pembelajaran yang inklusif dan dinamik.
Di samping itu, PIJ juga melalui Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) telah menyalurkan sumbangan peruntukan baik pulih 88 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) kategori kritikal berjumlah RM2 juta dan telah disalurkan ke Akaun Lembaga Wang Amanah Orang-orang Islam melalui cek.
Turut terlibat dalam sesi penyerahan ini adalah YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ, Encik Hisham bin Abdul Hamid, Wakil Rasmi Pengarah Pendidikan Negeri Johor, dan Tuan Haji Saipol Rahman bin Haji Amat, Wakil Rasmi Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Semoga sumbangan ini memberi impak dan manfaat kepada semua penerima dan membantu meningkatkan kemaslahatan / kesejahteraan rakyat khususnya di Negeri Johor.