PROGRAM SEMARAK KASIH RAMADHAN PIJ 2024 : MENYANTUNI PENERIMA SUMBANGAN

10 Mac, PONTIAN – Perbadanan Islam Johor (PIJ) berbesar hati menyalurkan sumbangan barangan keperluan kepada lebih 177 penerima sumbangan.
Program Semarak Kasih Ramadhan PIJ pada tahun ini melibatkan 6 buah daerah di Negeri Johor iaitu Daerah Johor Bahru, Kluang, Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi dan Pontian.
Bantuan dalam bentuk kotak rezeki ini sempena Ramadhan Al Mubarak adalah merupakan cetusan idea oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pengurus Besar PIJ yang diagihkan kepada 177 orang penerima Bantuan Fistula / Perubatan yang pernah menerima bantuan dari PIJ.
Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan keceriaan dan bermanfaat dalam menyambut bulan Ramadhan yang berkat ini.
Di atas Titi Nak Dara Berlima
Syair Bersambut Penuh Berseni
Ramadhan Dinanti Kini Menjelma
Pahala Direbut Isilah Rohani
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak!