PROGRAM JOHOR BERSIH 2023

16 Julai, Johor Bahru – Perbadanan Islam Johor (PIJ) serta Anak Syarikat Dalam Kumpulan meneruskan usaha bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar sungai berhampiran PPR Melana Indah Fasa 1, Taman Perling.

Program Johor Bersih ini dilaksanakan dengan diketuai oleh pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Turut serta YB Dato’ Hj. Abdul Rashid bin Kasman, Ketua WHIP MBIP merangkap Ahli Majlis Zon Perling.

Semoga usaha membersihkan sungai yang berterusan dapat memastikan kebersihan kawasan sekitar sungai sentiasa terpelihara.

#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#PerbadananIslamJohor
#MembangunSwadayaUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor