TERIMA KASIH & SELAMAT MAJU JAYA

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed di atas khidmat bakti sebagai Pengurus Besar, Perbadanan Islam Johor.

Semoga dipermudahkan dalam semua urusan dan tahniah di atas pelantikan sebagai Pegawai Daerah Johor Bahru yang baru.

Tulus Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja PIJ.

#JasamuDikenang
#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SIMBOLIK PENYERAHAN SUMBANGAN PERBADANAN ISLAM JOHOR BAGI PROJEK NAIK TARAF SURAU DAN DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN SENIBONG

14 Feb, Johor Bahru – Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) yang diurus selia oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah dijemput bagi menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Simbolik Penyerahan Sumbangan PIJ bagi Projek Naik Taraf Surau dan Dewan Sekolah Kebangsaan Senibong yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

Program bermula dengan Majlis Khatam Al-Quran oleh 10 orang pelajar SK Senibong yang telah berjaya khatam Al-Quran pada sesi tahun 2022/2023. Guru Besar SK Senibong, Puan Jamilah binti Nain dalam ucapannya memaklumkan bahawa sebelum ini dewan dan surau sekolah berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Namun, dengan adanya sumbangan dari pihak TWRJ sebanyak RM40,000.00, dewan dan surau tersebut lebih selesa untuk digunakan semula.

Yang Berhormat Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid turut menyampaikan rasa bangga dengan komitmen warga SK Senibong dalam memberikan ruang dan persekitaran yang selesa untuk anak-anak menjalani sesi pembelajaran di sekolah. Selain itu, Yang Berhormat Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid juga mengajak agar guru-guru turut menyumbang di TWRJ supaya lebih banyak sekolah dapat dibantu menerusi sumbangan TWRJ.

Turut hadir, Encik Khirul Nizam bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ selaku wakil rasmi Pengurus Besar. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi manfaat dan keselesaan kepada warga SK Senibong dan ganjaran akhirat bagi para pewakaf. InsyaAllah.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah