LAWATAN PENGURUS BESAR KE PERTIS DAN PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN AMAL JARIAH PIJ

14 Mac, Kuala Lumpur –
PIJ mengorak langkah baru dengan membantu dalam memudahkan sesi pembelajaran dengan menyumbang sebuah mesin percetakan braille kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

PIJ komited dalam membantu golongan kurang upaya bagi mempelajari ilmu Islam dengan lebih mendalam terutamanya dari segi bacaan Al Quran.

Pemberian mesin percetakan braille ini adalah bertujuan membantu pihak PERTIS untuk menambah kapasiti percetakan Al Quran Braille seterusnya dapat meningkatkan mutu pendidikan disamping membantu dalam perkembangan ilmu agama Islam bukan sahaja di Negeri Johor, malah di seluruh negara.

Upacara penyerahan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar PIJ kepada Encik Zamzuri bin Abdul Ghani, Pengurus Operasi PERTIS, disaksikan oleh Tuan Haji Zainuddin bin Haji Yahya, Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Persatuan Huffaz Malaysia dan Encik Khirul Nizam Bin Mat Said, Timbalan Pengurus Besar PIJ.

Semoga pemberian sumbangan ini memanfaatkan umat Islam dan sedikit sebanyak membantu dalam pengembangan ilmu agama Islam di seluruh negara.

#Pertis
#PersatuanOrangOrangCacatPenglihatanIslamMalaysia
#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

SEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh di atas pelantikan sebagai Pengurus Besar, Perbadanan Islam Johor yang baru.

Semoga PIJ terus berkembang maju di masa akan datang.

Tulus Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja PIJ.

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah

MALAM NISFU SYA’BAN

🌕Malam Nisfu Syaban🌕

💚Malam Nisfu Sya’ban adalah dari perkataan nisfu yang bermaksud separuh.(Nisf)
Oleh itu,nisfu syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15.

💚Malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat.Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

“Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380]

#PerbadananIslamJohor
#KeteguhanEkonomiMembangunUmmah
#TabungWaqafRakyatJohor
#MembangunSwadayaUmmah